Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Khairil Ashraf | December 16, 2017
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan dasar baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum berusia 55 dan 60 tahun mengeluarkan sebahagian simpanan tanpa mengehadkan jumlah dan masa, kurang bijak kerana tidak mengambil kira kepentingan ahli.
Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, KWSP sepatutnya menggalakkan ahlinya membuat simpanan, bukannya mengeluarkan wang.
“Apa akan jadi pada mereka sekiranya mereka bersara umur 60 tahun? Adakah kerajaan mampu membayar bulan-bulan kepada orang yang bersara pada umur 60 tahun untuk mereka menyara kehidupan?
“Kerajaan tak ada kemudahan seperti itu. Selepas bersara, selain kakitangan awam, kakitangan swasta tak ada (pencen). Kerajaan tak bersedia untuk perkara macam ini. Kenapa KWSP buat perkara seperti itu?” soalnya ketika ditemui FMT di ibu negara.
Khamis lalu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, ahli dibenarkan mengeluarkan sebarang jumlah daripada sebahagian simpanan mereka pada bila-bila masa, mulai bulan depan.
Ketika ini, ahli hanya dibenarkan membuat pengeluaran tidak kurang RM2,000 setiap 30 hari dan ahli juga boleh membuat pengeluaran serendah RM100 sebulan mulai 1 Januari 2018, berbanding RM250 sekarang.
Mengulas lanjut, Solomon berkata, dasar baharu KWSP itu tersasar daripada objektif dan tujuan asal penubuhannya untuk memastikan ahlinya mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan.
“Kalau dia (KWSP) kata anda (pencarum) ada had maksimum boleh keluarkan, umur 55 hingga 60 tahun itu, saya rasa wajarlah boleh diterima.
“(Tetapi) Kalau anda kata boleh keluarkan seberapa banyak, kalau dia keluarkan semua (wang) apa akan jadi? Bila sampai umur 60, tak ada dah simpanan.”
Katanya, rakyat dan kerajaan negara ini juga kurang memfokuskan aspek simpanan.
“Kerajaan pun tak beri banyak tumpuan untuk masyarakat Malaysia tumpukan simpanan. Dan sekiranya keluarkan pindaan (kelonggaran pengeluaran simpanan) seperti itu, ini menunjukkan kerajaan selama ini tak beri apa-apa cadangan untuk simpanan.”
Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/…/mtuc-kwsp-patut-galak-a…/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com