Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR 4 Sept.- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kesal dengan keputusan kerajaan menolak cadangan supaya had umur persaraan mandatori dinaikkan kepada 65 tahun sedangkan rakyat berdepan pelbagai isu termasuk kos sara hidup melambung dan kekurangan simpanan untuk menampung kehidupan usia tua pesara.
Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon berkata, keputusan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menerima cadangan MTUC itu sepatutnya diiringi dengan pendekatan alternatif kerajaan bagi mengatasi isu-isu berkenaan dan bukannya ditolak begitu sahaja.
“Kami kesal kerana Dr. Mahathir bingkas menolak cadangan itu namun tidak menawarkan formula Pakatan Harapan (PH) sendiri untuk pekerja menangani isu gaji rendah, termasuk gaji minimum yang tidak mencukupi, kos sara hidup yang semakin meningkat dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi untuk survival pesara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dr. Mahathir semalam menjelaskan, tiada keperluan untuk melanjutkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun dan beliau turut bersetuju dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengekalkan had umur bersara pada 60 tahun agar ia tidak menyekat peluang pekerjaan generasi muda.
Sementara itu, menurut Solomon, pihaknya turut menolak alasan Perdana Menteri bahawa jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan menyekat peluang pekerjaan golongan belia dan juga memburukkan masalah pekerja malas dan tidak berguna (deadwood).
“Hujah itu tidak logik kerana hakikatnya ramai pekerja, walaupun dalam usia lanjut, mempunyai pengalaman dan rajin bekerja. Memang ada yang malas dan tidak berguna tetapi pekerja sedemikian juga wujud dalam kalangan yang muda, malas adalah sikap dan bukannya sinonim dengan usia,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, Dr. Mahathir digesa untuk menimbang semula keputusan tersebut dan sebaliknya mengkaji cadangan berkenaan dengan teliti.
“Kami yakin jika usul itu dikaji dengan teliti, Perdana Menteri akan melihat kebaikannya justeru kami amat berharap Dr. Mahathir menimbang semua kenyataan beliau itu. Masih belum lewat menerima usul itu kerana Bajet 2020 hanya akan diumumkan pada bulan depan,” katanya.
Source : https://m.utusan.com.my/…/mtuc-kesal-pm-tolak-cadangan-lanj…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com