Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membantah pengambilan rakyat Yaman, yang memegang pas lawatan sosial di Malaysia, untuk bekerja dengan syarat-syarat tertentu meskipun ia dibuat atas dasar kemanusiaan.
Presidennya, Abdul Halim Mansor berkata, jika persetujuan kerajaan Malaysian dengan Duta Yaman untuk menghalalkan sesuatu yang salah atas dasar kemanusiaan, MTUC tidak akan bersetuju atau menyokong kerajaan kerana ia adalah salah dan tidak boleh bertolak ansur demi melindungi hak pekerja tempatan.
“Kekhuatiran MTUC ialah kesahihan status 10,000 rakyat Yaman ini. Apakah kita membantu beban PBB sektor pelarian untuk terus menetap di sini tanpa perlu dihantar kepada negara ketiga.
“MTUC bertegas tindakan ini jika benar berlaku tujuan kerajaan untuk menyediakan ruang kerja untuk tenaga kerja tempatan tidak kesampaian.
“Tujuan kerajaan untuk menyediakan ruang tenaga kerja belia tidak akan berjaya,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Katanya, kerajaan mesti ambil maklum keresahan rakyat yang bimbang dengan tenaga kerja asing seramai 2 juta yang sama dengan satu pertiga dari tenaga kerja tempatan seramai 6.7 juta orang.
Sehubungan itu katanya, MTUC menyarankan kerajaan merancang dan menggunakan tenaga kerja tempatan diwajibkan dalam semua sektor.
“Wujudkan nisbah 10:1 iaitu dengan 10 tenaga kerja tempatan melayakkan syarikat 1 tenaga kerja asing,” kata beliau mengulas kenyataan Duta Yaman Adel Mohamed Ali Ba Hamid yang menyatakan 10,000 warga negara tersebut yang memegang pas lawatan sosial di Malaysia mungkin dibenarkan bekerja di Malaysia di bawah beberapa syarat dan kelayakan yang akan diputuskan tidak lama lagi.
Katanya, ini merupakan sebahagian daripada program usaha sama antara Yaman-Malaysia bagi membantu rakyat negara tersebut di atas dasar kemanusiaan.
Menurut beliau cadangan tersebut masih belum dilaksanakan tetapi telah pun dipersetujui oleh Kementerian Dalam Negeri.
“(Ia) belum dilaksanakan lagi namun telah dipersetujui Kementerian Dalam Negeri. Kami meminta agar mereka dibenarkan bekerja di tempat-tempat seperti agensi pelancongan Yaman, sekolah, kedai runcit dan restoran yang dimiliki rakyat Yaman,” kata beliau.
Duta itu berkata ketika ini terdapat lebih 20,000 rakyat Yaman di Malaysia, dengan 10,000 daripada mereka memegang pas lawatan sosial, 8,000 pelajar dan 4,000 pemegang kad UNHCR.
Halim menambah, simpati dan peri kemanusiaan kerajaan Malaysia tidak boleh diambil peluang dengan mencadangkan kerajaan Malaysia bersetuju luar dari kaedah yang membelakangkan peraturan.
“Jika kita bersetuju dengan pengambilan tenaga kerja Yaman sebagaimana dinyatakan oleh Duta Yaman seramai 10,000 orang dan diterima kerja di sektor yang dicadangkan, tindakan ini akan menjadikan Malaysia hab negara tenaga kerja pelarian,” kata beliau.
Source : https://www.freemalaysiatoday.com/…/mtuc-jangan-halalkan-d…/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com