Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 10 Mac — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berharap pelantikan Datuk Seri M. Saravanan sebagai Menteri Sumber Manusia dan Awang Hashim sebagai timbalannya dapat memastikan hak pekerja dan kesatuan sentiasa dipertahankan.
Setiausaha Agung MTUC J. Solomon dalam kenyataannya hari ini berkata sebagai langkah pertama yang pastinya menyentuh hati rakyat, Saravanan dimohon memperluas pemberian Bantuan Sara Hidup (COLA) bulanan yang dinikmati penjawat awam kepada pekerja swasta dalam kumpulan B40 dan M40.
“Ini berikutan pekerja-pekerja ini sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan kos yang terus meningkat,” katanya.
MTUC juga berharap kepimpinan baharu itu akan memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan modal insan yang cekap, produktif dan berdaya tahan dalam senario pasaran buruh bagi meningkatkan produktiviti negara.
“MTUC berikrar memberi kerjasama penuh kepada menteri baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebarang usaha yang dapat meringankan beban kewangan pekerja serta membantu meningkatkan ekonomi negara ini,” katanya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com