Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berbohong apabila mendakwa ia mengadakan perbincangan terperinci dengan pihak berkepentingan sebelum membentangkan pindaan Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967 di Parlimen, Isnin lalu.
Setiausaha Agungnya, J Solomon berkata Kula Segaran juga memungkiri janji bahawa segala cadangan pembaharuan undang-undang perburuhan akan dikaji dan diperakui oleh jawatankuasa teknikal yang merangkumi pegawai kementerian, MTUC dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).
โKula Segaran menyalah guna kuasa dengan menghantar cadangan pindaan tiga undang-undang perburuhan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diluluskan, walaupun ia belum diperakui oleh jawatankuasa teknikal dan NLAC.
โLebih mendukacitakan apabila beliau bertindak demikian tanpa menunggu MTUC mengemukakan cadangan pindaan APP 1967 kepada pihak NLAC,โ katanya dalam satu kenyataan, hari ini merujuk NLAC sebagai Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan.
Sebelum ini, Kula Segaran berkata pindaan kepada APP akan dibahaskan dan dijangka diluluskan oleh Parlimen pada sesi yang berlangsung sekarang.
Beliau juga berkata pandangan pihak berkepentingan termasuk NLAC, MEF dan MTUC telah diambil kira.
Kula, seorang peguam sebelum dilantik menjadi menteri, memberitahu FMT pandangan pemegang taruh termasuk NLAC, MEF dan MTYC telah diambil kira dalam pindaan itu.
Mengulas lanjut, Solomon berkata, ini bukan kali pertama Kula Segaran atau pegawainya bertindak secara bersendirian.
โBeberapa kali sebelum ini, menteri atau pegawainya mengumumkan pindaan tertentu kepada undang-undang perburuhan tanpa dirujuk kepada jawatankuasa teknikal mahupun NLAC.โ
Katanya, dengan meminggirkan peranan MTUC dalam jawatankuasa teknikal dan NLAC, Kula Segaran menafikan hak pekerja untuk membawa pindaan undang-undang yang mampu membela mereka.
Beliau juga berkata tindakan Kula Segaran melakukan pindaan undang-undang perburuhan dengan mengabaikan peranan NLAC dan jawatankuasa teknikal melanggar Konvensyen 144 ILO dan satu penghinaan terhadap MTUC dan MEF.
โJusteru kami menyeru menteri Sumber Manusia menarik balik pindaan undang-undang yang dibentangkan di Parlimen,โ katanya.
Source :ย https://www.freemalaysiatoday.com/โฆ/mtuc-dakwa-menteri-bohโฆ/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com