Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Setiap orang perlu memiliki rumah. Para pekerja dalam kategori B40 dan M40 harus diberi bantuan untuk membolehkan mereka dapat akses bagi membeli rumah mampu milik.
Untuk tujuan ini, Suruhanjaya Perumahan mesti ditubuhkan bagi memainkan peranan yang dinamik dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi kumpulan B40 dan M40 membeli rumah mampu milik, dengan menubuhkan sistem yang berkesan dan membanteras rasuah.
Suruhanjaya ini harus memastikan skim perumahan yang mampu dimiliki tidak berubah menjadi perniagaan semata-mata. Ia harus mengawal permintaan dan bekalan, adakan sistem pemeriksaan, mengawasi pemaju, mengekalkan piawaian perumahan termasuk saiz dan harga dan memastikan tarikh akhir penyampaian dipenuhi. Ia harus memastikan kadar faedah bagi pekerja dari rumah B40 adalah sifar peratus manakala M40 pula hanya dikenakan kadar faedah 2%.
Bagi menjamin elemen periksa dan imbang, keanggotaan Suruhanjaya Perumahan hendaklah terdiri daripada wakil pekerja, majikan, kerajaan, pakar harta dan anggota yang berkaitan dengan masyarakat awam.
Oleh itu, sertai kami dalam sambutan Hari Buruh ini pada 1 Mei 2018 di tempat letak kereta Wisma MTUC di USJ Subang dari 8 pagi hingga 1 tengah hari demi perpaduan dalam mencapai 21 permintaan demi kepentingan pekerja dan keluarga kita.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com