Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membantah pelaksanaan Railway Network Access Agreement (RNAA) untuk mengendalikan urus tadbir syarikat Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, jika ia diteruskan, akan wujud implikasi yang boleh menggugat kebajikan pekerja-pekerja KTMB.
“MTUC sangsi apakah matlamat sebenar RNAA untuk cuba mengambil alih aset -aset syarikat KTMB.
“Kementerian Pengangkutan perlu mengkaji semula perancangan tersebut kerana ia juga akan mengetepikan kepentingan ‘perkhidmatan sosial awam’ dan mungkin menguntungkan sebelah pihak sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, tindakan Kementerian Pengangkutan ini boleh memusnahkan organisasi KTMB dengan memaparkan imej buruk khususnya melorongkan kepada perpecahan perpaduan di antara Kesatuan Sekerja, Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad dengan Kementerian Pengangkutan.
“Kami difahamkan, Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad telah berkali-kali menyuarakan untuk mengadakan temu janji dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tetapi sehingga kini tiada respons yang diterima.
“Kami berpandangan, alternatif terbaik untuk urus tadbir KTMB dilakukan oleh kerajaan kerana Pengangkutan REL KTMB telah diakui sebagai Perusahaan Pengangkutan sebagai perkhidmatan sosial kepada rakyat dan negara,” katanya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com