Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Subang Jaya. Rabu,8 Julai 2020
Satu perbincangan lanjutan antara pihak MTUC dan SEGI College Subang Jaya telah diadakan pada hari ini bagi memastikan persiapan dan kelancaran untuk majlis menandatangani MoU antara dua pihak yang akan berlangsung pada 15 Julai 2020.
Pihak SEGI College telah dihadiri oleh Encik Anand Vijey Manicam (Business Development Manager) , En Sathiyan (Executive Career Officer) , Saudari Kamin Raja Singgam (Asst Manager,PR & Communications) dan En Calvin Chan (Deputy Pincipal).
Pihak MTUC telah diwakili oleh Sdr. J.Solomon ( Secretary General of MTUC) Sdr. K.Soma (Asst Secretary Of Education @ MTUC), Sdr. Zul Thye (Project/Industrial Relation Coordinator@MTUC),Saudari D.Suriya (ILO Consultan @ MTUC) dan Sdr. Muhammad Fitri Amzah (Youth & Organizing Coordinator @ MTUC).
Perbincangan memfokuskan mengenai MoU yang bakal ditandatangani pada minggu hadapan bagi memahami dengan lebih mendalam bentuk kerjasama yang akan dilakukan selepas ini agar memberi manfaat kepada kedua pihak dan pekerja.
Dalam perbincangan yang sama juga,kedua pihak membincangkan mengenai cara untuk mempromosikan program yang diberi nama ‘CROSSOVER’ ini agar ianya dapat disalurkan kepada umum.
Kerjasama ini dilakukan bertujuan memberi sedikit nafas baharu kepada kaum pekerja yang terkesan dengan pemberhentian kerja bagi mendapatkan solusi untuk memastikan peluang pekerjaan kepada mereka masih ada.
Perbincangan diakhiri dengan sesi bergambar.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com