Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Agenda reformasi institusi merupakan isu penting yang diperjuangkan Pakatan Harapan (PH). Seawal mengambil alih Putrajaya, PH mengumpulkan individu dan masyarakat sivil untuk menambah baik institusi awam dan undang-undang.
Laporan ini dikenali sebagai Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC). Usaha ini selari dengan janji manifesto Buku Harapan untuk mengembalikan kewibawaan institusi awam.
Tetapi, laporan IRC ini masih lagi tidak didedahkan kerajaan PH hingga hari ini. Bukankah ini satu perkara yang tidak selari dengan prinsip PH yang memperjuangkan keterbukaan kepada rakyat?
PH perlu melihat kepentingan mendedahkan laporan ini segera atau menempuhi jalan sukar dalam melaksanakan reformasi institusi berbaki 3 tahun lagi.
Kepentingan laporan IRC
Pandangan meletakkan reformasi institusi ini sebagai perkara “kedua” sebelum reformasi ekonomi dalam dasar negara tidak tepat. Bagaimana sebuah ekonomi diurus dengan baik sekiranya Parlimen meluluskan sistem percukaian, undang-undang dan dasar yang menekan rakyat? Mampukah urusan pertumbuhan ekonomi negara disemak sekiranya tiada urus tadbir yang telus dan terbuka?
Pembaharuan institusi dapat memberi jaminan keadilan, ketelusan, dan keterbukaan dalam menguruskan dana negara dan ekonomi rakyat. Kelemahan institusi dan undang-undang juga boleh menjadi faktor dana awam dibelanjakan atau berlaku jenayah rasuah.
Sebab itu, amat penting laporan IRC didedahkan untuk menjelaskan pembaharuan institusi dan langkah seterusnya dalam membaik pulih sistem pentadbiran awam agar tidak berlaku gejala rasuah dan tidak berintegriti.
Pendedahan laporan IRC dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai perubahan sistem yang baik dan memberi kesan positif kepada mereka.
Ia turut memberi peluang kepada rakyat untuk terlibat dalam reformasi institusi. PH harus sedar reformasi ini tidak akan berkesan jika rakyat tidak terlibat sama. Hakikatnya, kerajaan tidak mampu lakukan perubahan semuanya sendiri.
Apabila rakyat mula faham akan reformasi institusi yang terkandung dalam laporan IRC, ia akan membawa politik dan urus tadbir negara ke peringkat lebih matang, terbuka dan bertanggungjawab. Perkara ini akan memberi tekanan kepada pemimpin dan individu memegang jawatan supaya bersikap bertanggunjawab untuk menjaga kepentingan rakyat.
Banyak reformasi, tapi rakyat tak rasa?
Kita harus akui kerajaan PH melaksanakan pelbagai reformasi institusi sejak 9 Mei 2018. Reformasi Parlimen, Pelan Anti Rasuah 2019 – 2023, penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC), perubahan urus tadbir Tabung Haji dan Felda, dan penstrukturan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Tetapi, perubahan ini tidak dirasai rakyat. Institusi awam terus dipolitikkan untuk kepentingan individu dan parti politik meskipun terpalit dakwaan salah laku dan rasuah.
Tiada sebarang pengenalan kepada undang-undang menjaga keharmonian negara menggantikan undang-undang zalim. Pelaksanaan reformasi institusi dan undang-undang masih ditahap rendah kerana tiada sebarang dokumen yang boleh memberi hala tuju dalam perubahan institusi seperti laporan IRC.
Fasa perlahan reformasi institusi hari ini menyebabkan isu-isu semasa dari segi ekonomi, kegelisahan antara kaum dan perpaduan rakyat kian meruncing.
Sebab ini juga, rakyat sukar membezakan amalan urus tadbir yang baik kerajaan sekarang dengan kelemahan urus tadbir semasa pemerintahan terdahulu. Situasi ini tidak memberi nilai tambah kepada reformasi di era Malaysia Baru.
Kembali kepada harapan
Laporan IRC ialah dokumen yang mengumpulkan harapan rakyat untuk melihat perubahan institusi awam dan undang-undang tanpa meletakkan kepentingan politik parti dan individu. Mereka mahukan urus tadbir institusi awam yang lebih baik untuk rakyat.
Laporan IRC ini boleh menjadi panduan konsolidasi antara kerajaan, pemegang taruh dan rakyat dalam melihat pembaharuan institusi awam dan undang-undang. Usaha ssebegini dapat mewujudkan kepentingan nasional secara bersama.
Pembukaan Parlimen pada Mac 2020 ini merupakan peluang terbaik kerajaan PH membahaskan laporan IRC. Jika kerajaan mempunyai kesanggupan politik membahaskan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, mengapa tidak IRC?
Tidak mendedahkan laporan IRC akan menjejaskan imej PH yang konsisten dengan prinsip keterbukaan kepada rakyat. Bila PH tidak terbuka, maka ia akan menjauhkan rakyat untuk memberi kepercayaan kepada PH mentadbir Malaysia untuk penggal akan datang.
PH akan menempuh sukar untuk merealisasikan reformasi yang diperlukan rakyat dan negara dengan masa yang semakin singkat. PH perlu kembali kepada rakyat dan segera mendedahkan laporan IRC ini kepada Parlimen.
Fakhrurrazi Rashid adalah pembaca FMT.
Source : https://www.freemalaysiatoday.com/…/mengapa-laporan-jawata…/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com