Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Nufam berkata ketiadaan garis panduan yang seragam menyebabkan timbul dakwaan pemeriksa meminta calon temuduga menanggalkan pakaian
PETALING JAYA: Badan mewakili pekerja syarikat penerbangan menggesa garis panduan pemeriksaan tubuh yang seragam diperkenalkan bagi menangani dakwaan gangguan seksual dalam proses temuduga pramugari.
Presiden Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) Ismail Nasaruddin berkata ketiadaan garis panduan yang seragam menyebabkan timbul dakwaan pemeriksa meminta calon temuduga menanggalkan pakaian untuk diperiksa parut atau tanda-tanda lain pada tubuh.
“Anda nak lakukan pemeriksaan di bahagian mana sama ada nak lakukan pemeriksaan dia tangan, muka, leher, peha atau betis. Kena tulis dalam garis panduan,” katanya mengulas kontroversi calon temuduga Malindo Air diminta menanggalkan pakaian semasa temuduga.
Malindo menafikan dakwaan salahlaku dan berkata pihaknya mematuhi prosedur. Menurut Ismail, pemeriksaan tubuh merupakan kebiasaan dalam proses temuduga pramugari.
Tetapi Nufam mahu garis panduan seragam yang mewajibkan pemeriksa mendapatkan izin calon terlebih dahulu sebelum melakukan pemeriksaan tubuh, dan pemeriksaan perlu dilakukan tanpa mengaibkan mana-mana pihak.
“Selama 30 tahun dalam penerbangan, saya tak pernah dengar isu sebegini bahawa adanya pemeriksaan yang ekstrem,” katanya.
Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) menolak sebarang alasan mewajarkan baju ditanggalkan dalam proses temuduga calon pramugari.
Malah, Setiausaha Agung J Solomon menganggap proses temuduga yang memerlukan calon menanggal baju sebagai satu bentuk penderaan seksual, yang melanggar privasi dan hak asasi seseorang.
“Sama seperti kesalahan jenayah dan memerlukan tindakan segera pihak polis dan pihak berkuasa yang lain,” katanya.
J Solomon berhujah pekerja tanpa mengira jantina harus dihormati dan diberi penghormatan yang sewajarnya.
“Maruah mereka harus dilindungi. Dalam hal ini, pekerja-pekerja anak kapal wanita juga tidak berbeza. Mereka melayan penumpang tidak kira personaliti dan mereka mengharapkan tahap toleransi yang paling tinggi apabila berada di udara,” katanya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com