Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Krisis Covid-19 mendedahkan hakikat bahawa walaupun Malaysia di canang sebagai negara kaya tetapi rakyatnya amat miskin kerana jurang pendapatan penduduk semakin membesar .
Krisis berkenaan menonjolkan jarak amat luas antara pendapatan sesetengah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau ‘guru’ pasaran saham berbanding pekerja tempatan yang rata-rata bergaji rendah.
Covid-19 turut menzahirkan bahawa apa yang dilaungkan sebagai sistem pasaran bebas di Malaysia, sebenarnya bukan kebebasan, tetapi pintu masuk untuk melakukan penyelewengan, penganiayaan dan pelbagai salah laku serta jenayah.
Pandemik Covid-19 membongkar bagaimana perbuatan yang jelas menyalahi undang-undang, dihalalkan demi keuntungan pihak tertentu tetapi menindas golongan majoriti di negara ini yang rata-rata hidup dalam serba kekurangan.
Krisis Covid-19 menunjukkan betapa Malaysia memerlukan sistem politik berasaskan perikemanusiaan, yakni politik yang memberi keutamaan kepada keperluan rakyat dan menghormati alam sekitar serta menjamin pengagihan adil kemewahan untuk semua.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com