Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUANTAN, 28 Ogos (Bernama) — Majikan yang membawa masuk pekerja asing di negara ini perlu bertanggungjawab sepenuhnya termasuk dalam aspek kebajikan dan keperluan pekerja berkenaan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata majikan juga perlu peka dengan permasalahan yang dihadapi pekerja mereka.
“Jika majikan dapat mengesan ada masalah berkaitan keselamatan yang cuba ditimbulkan pekerja mereka terutama pekerja asing, segera laporkan kepada polis supaya kita dapat mengambil tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi sempena persaraannya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Khamis.
Mengulas mengenai kejadian di Kulaijaya, Johor Selasa lepas, Salleh berkata kejadian itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati pekerja terhadap majikan yang tidak prihatin dengan soal kebajikan.
“Polis juga sudah menahan kumpulan pekerja terlibat dan kita akan tuduh mereka di mahkamah sekiranya cukup bukti kerana perbuatan mereka itu salah walaupun kerana tidak berpuas hati dengan majikan,” katanya.
Dalam kejadian itu, kira-kira 800 pekerja asing bertindak membakar sebuah kereta, membaling batu dan merosakkan bangunan kilang JCY HDD Technology Sdn Bhd setelah tidak berpuas hati terhadap layanan majikan mereka.
Berikutan tindakan pekerja asing warganegara Nepal, Myanmar, Bangladesh dan Vietnam itu, sepasukan 75 anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan 50 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya dikerah ke lokasi kejadian. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com