Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3152752421415291/
Hospital Teluk Intan sedia maklum mengenai penularan berita baru-baru ini menerusi media sosial seperti Facebook dan Whatsapp yang menyatakan terdapat peningkatan bilangan kes positif Covid-19 di kalangan doktor sehingga menyebabkan operasi harian di Hospital Teluk Intan terganggu.
Dimaklumkan bahawa beberapa kakitangan perubatan telah disahkan positif Covid -19. Walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil dengan segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan.
Pihak Pengurusan Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan pengawalan yang rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak serta tindakan pencegahan untuk meminimumkan exposure terhadap kakitangan hospital telah menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangkitan positif Covid-19 dikenalpasti.
Orang ramai digesa agar tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.
Sebarang maklumat berkenaan Covid-19 hendaklah merujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Sekian, terima kasih.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com