Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Kepada PM Kerajaan Sementara yang dihormati,
Kepimpinan MTUC bertemu dengan YAB pada 28 Feb 2017. Antara lain, kami memohon dana – RM5 juta bagi membantu MTUC untuk memberi perkhidmatan kepada pekerja melalui Penyelidikan, Pusat Perkhidmatan dan Perkhidmatan Undang-Undang percuma.
YAB telah meminta butiran penjelasan dan kami telah memajukannya pada bulan Mac 2017 yang lalu. Tetapi, sehingga Parlimen dibubarkan pada 7 April 2018 yang lalu, kami tidak menerima sebarang maklum balas.
Pada 1 Mei 2018, selepas lebih satu (1) tahun, ketika menjadi Kerajaan Sementara, YAB berjanji untuk memberi pekerja kami RM3 juta – jika menang PRU14!
YAB, kerajaan telah mengambil hampir RM 200 Billion daripada dana Pekerja di KWSP untuk projek-projek Kerajaan.
Adakah permintaan RM5 Juta daripada Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan kepada 14 juta pekerja melalui MTUC itu satu permintaan yang keterlaluan?
Adakah wajar pihak Kerajaan mengambil masa lebih daripada satu tahun untuk membuat keputusan mengenai permintaan yang mudah itu?
Sebaliknya, mengapa mengumumkannya apabila YAB menjadi Kerajaan Sementara, dan sekiranya anda menang?
Ironinya ketika seseorang itu masih berkuasa, janji telah dibuat tetapi tidak ditepati, malah, mengambil kesempatan di dalam platform Hari Pekerja untuk menawarkan jumlah yang lebih rendah iaitu RM 3 Juta berbanding dengan jumlah yang diminta, itupun sekiranya dia menang di dalam pilihan raya yang akan diadakan.
Ini tidak kredible!
Ia seolah-olah dilihat sebagai rasuah iaitu menjanjikan ganjaran berbentuk geran sebanyak RM3 juta sebagai balasan untuk undi daripada warga pekerja.
Soalan: Adakah perlu kita mengundi PH atau masih memberi BN lima tahun lagi?
Sesuatu yang harus kita renungkan!
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com