Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Jenayah indeks di seluruh negara turun 7.5% sepanjang tahun lepas dan merupakan antara kejayaan polis dalam usaha menurunkan kadar jenayah dan menjadikan Malaysia sebuah negara selamat, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata, pada tahun lepas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) berjaya mengurangkan kadar jenayah indeks sebanyak 249 kes berbanding sasaran 269 kes, bagi setiap 100,000 penduduk.
Katanya, turut menunjukkan prestasi yang membanggakan adalah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang berjaya menyelesaikan 21,016 kertas siasatan daripada 26,465 kertas siasatan yang dikendalikan jabatan itu.
“Sebanyak 17,582 operasi dilaksanakan oleh JSJK dan sebanyak 15,876 orang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah komersial,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Berdasarkan statistik itu, 79% kadar penyelesaian kes dicapai oleh JSJK.
Dalam usaha mentransformasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) pula agar kekal relevan bagi membanteras dan memerangi dadah, beliau berkata, 9 jenis operasi khusus dijalankan, di samping pelbagai program, termasuk “Program Naziran By Night” dan “Program Nurture For Betterment”.
Abdul Hamid berkata, anggota dan pegawai polis juga tidak terlepas jika didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan menerusi “Op Blue Devil”, 268 pegawai dan anggota ditangkap sepanjang tahun lepas.
“Bagi tempoh 1 Jan sehingga 17 Jan tahun ini, sebanyak 9 warga PDRM ditangkap kerana ujian saringan awal air kencing didapati positif dadah …diharapkan isu dadah dapat dicantas secara habis-habisan dalam kalangan warga PDRM demi maruah institusi keramat ini,” katanya.
Menurutnya, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman pula menjalankan 1,665 operasi melalui op bersepadu berbanding 961 operasi pada tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 73.3%.
“Daripada keseluruhan 101,404 operasi yang dibuat, 3,086 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan trafik dan 296 orang atas kesalahan lain,” katanya.
Abdul Hamid berkata, JSPT juga berjaya menyelesaikan dan membawa ke mahkamah kes di jalan raya yang ditularkan oleh orang ramai, antaranya kejadian langgar lari, buli jalan raya, “road rage”, pemandu mabuk dan di bawah pengaruh dadah.
Source : https://www.freemalaysiatoday.com/…/kpn-jenayah-indeks-sel…/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com