Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
FATHIN ATHIRAH HASLI
SHAH ALAM – Lebih 200 pekerja dari ahli kesatuan sekerja telah menyertai acara konvoi berkereta yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, hari ini.
Menurut, acara konvoi berkereta tersebut dianjurkan bagi mempromosikan sambutan Hari Pekerja Rally Himpunan May Day yang akan berlangsung pada 1 Mei akan datang di Dataran Armcorp Mall, Petaling Jaya.
“Sepanjang program berlangsung, kami mengedarkan risalah percuma mengandungi maklumat terperinci mengenai perhimpunan yang akan berlangsung untuk 1 Mei nanti kepada orang awam dan masyarakat.
“Kami ingin memupuk kesedaran penduduk khususnya golongan pekerja untuk mempertahankan haknya sebagai seorang buruh pekerja, kami juga ingin mendesak kerajaan supaya menghapuskan akta-akta perlembagaan dan sistem percukaian yang membebankan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Acara konvoi yang dirasmikan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad disertai oleh 46 kereta yang memulakan perarakan sejak 10.30 pagi dari Shah Alam dan berakhir di Jalan Tengku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang.
Program tersebut disemarakkan lagi dengan kehadiran wakil kumpulan persatuan pekerja seperti Persatuan Sekerja Proton, Persatuan Sekerja Perodua, Persatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat, Persatuan Sekerja Produk Getah Semenanjung, Persatuan Sekerja Pengangkutan dan Peralatan Semenanjung.
Sumber: Sinar Harian
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com