Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Kuala Lumpur : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong mengundang tragedi yang tidak diingini.
Enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JPBM,selangor maut ketika sedang menyelamatkan remaja yang dipercayai lemas di lombong berkenaan.
Empat mayat anggota bomba yang lemas tersebut adalah anggota BBP Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34: Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.Dua lagi anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
KKSM juga turut merasai kehilangan Wira-Wira kita dan dengan penuh hiba merakamkan ucapan ‘Takziah’ kepada seluruh keluarga mangsa atas ujian kematian yang berlaku, mereka adalah wira negara yang sanggup merisikokan nyawa untuk membantu orang lain.
Marilah kita memohon doa kepada Allah untuk menempatkan semua yang terkorban dalam kalangan orang-orang yang dicintai oleh-Nya.Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berwaspada supaya terpelihara daripada kejadian yang tidak diingini.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com