Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
24hb April 2020, Pulau Pinang.
Pasukan MTUC / ILO MRC berkongsi objektif yang serupa dengan Kedutaan Bangladesh ketika kedua-dua bekerjasama untuk memberi bantuan kepada pekerja Bangladesh yang kehilangan sumber pendapatan mereka kesan pandemik COVID -19.
Pasukan yang terdiri daripada 11 pegawai MTUC diketuai oleh Pegawai MRC MTUC / ILO Wilayah Utara, Sis Nagshaathiree T. dengan bantuan Sdra Chee dari NUBE, berjaya merangkumi seluruh Pulau Pinang, termasuk dari daratan dan sebelah pulau dalam masa sehari.
Kami juga ingin menghargai wakil EIWU, EIEUR dan NUBE yang membantu dalam pengagihan makanan.
Hari dimulakan dengan taklimat mengenai Keselamatan dan Kesihatan oleh Pegawai MRC MTUC / ILO. Semua sukarelawan dibekalkan dengan peralatan keselamatan seperti penutup hidup dan mulut, sarung tangan dan sanitizer. Kami memastikan sukarelawan untuk mengurangkan interaksi jika tiada keperluan dan sentiasa memakai menutup hidup dan mulut mereka. Semua sukarelawan juga diminta menjaga kebersihan tangan dan tidak sentuh muka mereka setiap masa. Pasukan perlu mengamalkan penjarakan sosial seperti yang dinasihatkan.
Sukarelawan diberi senarai pengagihan mereka yang dikategorikan mengikut kawasan di Pulau Pinang sebelum pengambilan barang makanan dilakukan.
Setelah menerima barang yang akan diagihkan, pasukan mula bergerak ke kawasan agihan masing-masing untuk bertemu dengan pekerja Bangladesh.
Semasa aktiviti yang pengagihan ini dijalankan, kami berjaya merangkumi 111 lokasi, menggunakan 5 buah kereta. Selain barang makanan, kami juga menyerahkan risalah kepada warga Bangladesh yang memberitahu mereka tentang adanya bantuan berterusan dari MRC Wilayah Utara. Kami memberi keyakinan kepada mereka bahawa akan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk membantu mereka. Dedikasi dan kerja berpasukan sukarelawan ini menjadikan matlamat yang sukar ini mudah untuk dicapai.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan kerana menjadi pasukan
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com