Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Persekutuan Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC) mendedahkan statistik penting yang memberi gambaran yang jelas tentang jurang dalam pendapatan kasar antara pekerja dan ketua masing-masing.
Walaupun saraan CEO syarikat multinasional di Malaysia dan rantau ini meningkat sebanyak 997% sejak tahun 1978, gaji minimum hanya dilaksanakan di Malaysia pada tahun 2013 dan telah dinaikkan sebanyak 11.1% dalam tempoh lima tahun sejak Perdana Menteri Malaysia dengan bangga mengisytiharkan ia sebagai detik penting untuk kaum pekerja.
Laporan Bank Dunia 2011 juga mendedahkan bahawa produktiviti buruh antara 2000 dan 2008 mencerminkan pertumbuhan sebanyak 6.7%. Malangnya, seolah-olah memperlekeh nilai sumbangan tenaga kerja ke atas pertumbuhan ekonomi, kadar pertumbuhan upah hanya kekal pada kadar 2.9%. Ini mencerminkan sejauh mana pekerja Malaysia dieksploitasi.
Tidak perlu disebutkan yang kategori B40 dan M40 terdedah kepada kesukaran yang besar dalam mengekalkan kehidupan mereka kerana kos meningkat dengan ketara dan tidak ada justifikasi untuk mengeksploitasi pekerja-pekerja produktif demi kepentingan korporat yang tidak adil dan tamak.
Dalam konteks itu, peningkatan upah sebanyak AS$50 + seminggu bagi pekerja-pekerja Malaysia adalah wajar.
#ENDCORPORATEGREED
ENGLISH VERSION : http://www.mtuc.org.my/why-50-usd-per-week-wage-increase-is-long-overdue/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com