Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Sekumpulan pekerja yang Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini menuntut Perdana Menteri campur tangan bagi menyelesaikan pertikaian umur persaraan, yang didakwa gagal diperjuangkan kesatuan sekerja mereka.
Kira-kira 20 orang hadir bagi menyatakan bantahan terhadap Kesatuan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (Nute) di pejabatnya di Kuala Lumpur yang didakwa menyebelahi majikan.
Mereka membawa plakad yang antaranya berbunyi “Nute tidak buat apa-apa untuk anggotanya” dan “Nute is mute” (Nute bisu).
Bermula 1 Julai, kerajaan menukar umur persaraan daripada 56 kepada 60 tahun tetapi pekerja TM yang mencecah umur 56 tahun pada masa itu terpaksa bersara.
“Kami mahu perdana menteri turun dan bantu kami. Ini dasarnya sendiri, ia patut memastikan ia dilaksanakan oleh semua pihak.
“Kami hanya mahu bekerja, kesatuan sekerja kami sendiri tidak mahu tolong, jadi kami tiada pilihan kecuali merayu kepada Najib,” tambahnya.
Presiden Nute Mohd Jaafar Abdul Hamid sebelum ini menjelaskan, mereka tidak akan menghalang piket pekerja TM kerana Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) juga merancang berhimpun pada 23 Julai ini di hadapan Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya.
Menurutnya, himpunan itu bertujuan membantah permohonan 258 majikan yang mahu menangguhkan pelaksanaan umur persaraan minimum sehingga hujung tahun ini.
Berhubung umur persaraan itu, Jaafar berkata, Nute telah menandatangan perjanjian dengan TM untuk menguatkuasakan akta itu bermula 1 Julai lalu dan pekerja yang masih bertugas mempunyai pilihan untuk terus berkhidmat sehingga umur 60 tahun.
Bagaimanapun, katanya, jika terdapat pihak yang bersara sebelum 1 Julai, pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa.
Sumber: Malaysiakini
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com