Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Georgetown, Pulau Pinang 07hb Okt 2017 – Sdr Abdul Jamil menyeru kepada semua para delagasi dan para hadirin untuk menyokong Kempen Gaji Minima Global dan AS$50 bersamaan RM200 di dalam ucapan beliau di Auditorium C KOMTAR Penang hari ini.
NUBE Malaysia telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang diwakili oleh Sdr Abdul Jamil yang merupakan Timbalan Presiden NUBE Malaysia merangkap Naib Pengerusi MTUC Bahagian Pulau Pinang. Turut hadir bersama beliau Sdr L Baskaran ahli Exco NUBE Malaysia dan juga merupakan Naib Pengerusi NUBE Northern Region PKP serta Sdri Habibah Kadir Ahli Jawatankuasa NUBE Northern Region PKP.
Selain itu,Sdr Abdul Jamil yang juga merupakan salah seorang speaker pada hari ini telah memberi ucapan taklimat yang menyentuh beberapa aspek iaitu kepentingan berkesatuan dan perjanjian Kolektif. Sepanjang dibawah kepimpinan Sdr Kuga, PBAPP telah menjadi salah satu kesatuan yang utuh dan efisen tambah beliau di dalam ucapannya.
Di penghujung mesyuarat, Sdr Kuga dan pasukan telah dipilih sekali lagi untuk tempoh yang baru dan NUBE Malaysia ingin mengucapkan sekalung tahniah dan berharap hubungan solidariti antara dua kesatuan ini akan bertambah akrab dan sama-sama memperjuangkan hak-hak kaum pekerja.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com