Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR 11 April – Jabatan Imigresen memberi amaran keras terhadap pihak yang cuba menyogok pegawai jabatan berkenaan kerana mereka juga tidak terlepas daripada muka pengadilan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, peringatan itu selari dengan hasrat jabatan yang kini mempergiatkan budaya integriti dan toleransi sifar terhadap gejala rasuah.
“Saya ingin memperingatkan orang ramai jangan cuba memberi rasuah kepada anggota dan pegawai imigresen kerana sebelum ini mereka dapat apa dihajatkan namun terlepas, tetapi selepas ini kita pastikan bukan sahaja individu yang sudah beri malah baru hendak menawarkan rasuah turut ditangkap.
“Kita amat serius tentang perkara ini, jadi ingat kepada amaran ini, berfikir dua kali sebelum berhasrat memberi rasuah kerana bukan sahaja anggota dan pegawai dikenakan tindakan malah perasuah itu juga akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Mustafar dalam sidang akhbar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 Jabatan Imigresen Zon Sarawak di Kuching, Sarawak berkata, perbuatan memberi rasuah itu seolah-olah mencabar integriti jabatan berkenaan.
“Sebagai contoh, ada individu yang menyalahi peraturan dan undang-undang kerana tinggal melebihi masa atau melanggar syarat pas dan tidak ada dokumen perjalanan yang cuba melakukan apa sahaja termasuk memberi rasuah untuk melepaskan diri daripada dikenakan tindakan,” tegasnya.
Mustafar turut mengulangi tidak akan berkompromi terhadap anggota serta pegawai yang terlibat dalam jenayah tersebut.
“Di peringkat dalaman, anggota dan pegawai yang dikesan menerima rasuah, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan termasuk buang kerja malah mereka juga akan diserahkan kepada SPRM” katanya.
Source : http://www.utusan.com.my/…/jangan-sogok-pegawai-imigresen-8…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com