Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pelabuhan Klang: Tujuh lelaki yang juga anggota sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan anggota Unit Antipemerdagangan Orang & Antipenyeludupan Orang (ATIPSOM) D7C Bukit Aman dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang di sekitar Banting dekat, sini, jam 12.05 tengah malam kelmarin.
Suspek berusia antara 34 hingga 56 tahun itu menjadi orang tengah bagi warga asing yang mahu memasuki negara ini dengan menyediakan lokasi penginapan sementara dan pengangkutan.
Komander PPM Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat awam dan risikan dijalankan pihaknya dengan unit D7C sejak beberapa minggu lalu.
“Terdahulu, kami menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran di perairan Sungai Langat, jam 11 malam Isnin lalu. Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan 29 warga Indonesia terdiri daripada 21 lelaki dan lapan wanita yang cuba diseludup keluar dari negara ini.
“Mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan kami turut menahan dua tekong bot warga Indonesia untuk tindakan lanjut,” katanya, semalam.
Rosman berkata, siasatan kemudian membawa kepada serbuan di satu kawasan di Banting diikuti penahanan ketujuh-tujuh suspek.
“Pada operasi berakhir jam 1 pagi itu, kita turut menahan 38 warga asing berusia 20 tahun hingga 60 tahun.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 26A ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Source : http://www.hmetro.com.my/node/210236
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com