Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
TELOK PANGLIMA GARANG: Sebuah kilang multinasional elektronik Berjaya menerima pengiktirafan kesatuan sejak tiga tahun memohon.
Presiden Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia, Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata, permohonan pengiktirafan dibuat Julai 2011 lalu oleh Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia terhadap kilang Chemi Con (Malaysia) Sdn Bhd FTZ Telok Panglima Garang Banting.
Menurutnya proses tiga tahun penantian itu akibat beberapa cabaran dan pihaknya terpaksa mengadakan undi sulit bagi mendapatkan peratusan pekerja yang menyokong kesatuan.
“Bagaimanapun, proses undian berjalan lancar apabila dikendalikan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor.
“Kesatuan telah Berjaya memperolehi 66 peratus sekali gus kemenangan majoriti mudah,” katanya kepada Sinar Harian.
Noorulazhar berkata, dengan kemenangan kesatuan itu, pekerja mendapat pelbagai manfaat termasuk menjamin keharmonian industri dan tiada diskriminasi seterusnya ke arah negara maju.
Katanya, hak pekerja pula bakal terjamin dan meningkatkan sosioekonomi setaraf dengan kos sara hidup semasa.
”Dalam pada itu, sehingga kini terdapat 220 kesatuan sekerja di Selangor dan Wilayah selain ahli bergabung dengan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan mencecah 300,000 orang.
”Sekiranya kesatuan diwujudkan bakal membanteras status pekerja kontrak berleluasa yang memberi tekanan kepada pekerja tempatan,” katanya
Bagaimanapun, kebanyakan pekerja memaklumkan mereka tidak mahu ditindas walaupun beroperasi dalam satu syarikat yang sama.
Sumber: Sinar Harian
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com