Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
SEOUL: Harga minyak menunjukkan peningkatan berterusan dalam dagangan hari ini berikutan pengurangan inventori minyak Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kebimbangan terhadap lebihan minyak global. Minyak mentah Brent naik tujuh cents atau 0.14 peratus kepada AS$51.81 setong selepas ditutup susut tujuh cents kepada AS$51.74 pada sesi terdahulu. Minyak WTI AS naik 11 cents atau 0.23 peratus kepada AS$48.86 setong. Data rasmi menunjukkan inventori minyak di AS susut minggu lalu berikutan pasaran import merosot, penurunan pertama selepas peningkatan selama sembilan minggu berturut-turut. Stok minyak mentah susut kepada 237,000 tong pada minggu berakhir 10 Mac lalu, mengatasi jangkaan penganalisis iaitu peningkatan sebanyak 3.7 juta tong. ANZ dalam satu nota berkata Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-Falih terus meluahkan kebimbangan mengenai inventori global yang tinggi. “Bagaimanapun, beliau menegaskan pasaran berada di landasan yang betul dan asasnya sudah meningkat,” katanya. Semalam, menteri itu, berkata jika inventori minyak mentah kekal tinggi, OPEC boleh melanjutkan perjanjian pengurangan hasil minyaknya. Anggota OPEC dan bukan anggota OPEC termasuk Russia mencapai persetujuan tahun lalu untuk mengurangkan hasil kepada hampir 1.8 juta tong sehari dalam separuh pertama tahun ini. Bagaimanapun, laporan bulanan OPEC menunjukkan inventori minyak global meningkat pada Januari kepada 278 juta tong melebihi purata dalam tempoh lima tahun. – Reuters
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com