Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR 14 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedar keputusan untuk merasionalisasi subsidi serta memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan satu pendekatan yang tidak popular dalam kalangan rakyat.
Najib berkata, perkara itu merupakan satu keputusan yang sukar untuk dilakukan namun ia dilaksanakan pada waktu yang tepat.
“Kerajaan telah merasionalisasi serta mengurangkan sebahagian subsidi dan ini satu keputusan yang memang sukar untuk kita lakukan.
“Memang kita ingin menang dalam pilihan raya tetapi kita bukan sebuah kerajaan yang populis,” katanya ketika berucap merasmikan Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) di Suruhanjaya Sekuriti di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong, Ashley Alder. – UTUSAN ONLINE
Source : http://www.utusan.com.my/…/gst-dan-rasionalisasi-subsidi-di…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com