Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUCHING 11 April – Kira-kira 25,000 daripada lebih 437,000 syarikat yang berdaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) didapati masih tidak menghantar penyata pembayaran mereka kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Ketua Pengarahnya, Datuk T. Subromaniam berkata, daripada jumlah yang menghantar penyata itu pula, 20 peratus daripadanya didapati menampilkan penyata pembayaran cukai yang meragukan.
Beliau berkata, syarikat-syarikat ini adalah antara yang akan dikunjungi oleh pegawai-pegawai Kastam dalam Operasi CBOS 3.0, untuk tinjauan pemeriksaan, diberi nasihat, ditunjuk ajar, serta dibantu membuat pembetulan sekiranya perlu.
Menurutnya, tinjauan juga dibuat bagi mengenal pasti mengapa ada syarikat yang tidak menghantar penyata; kerana syarikat-syarikat berkenaan mungkin sudah tidak lagi beroperasi atau sudah berpindah alamat atau sebab-sebab lain.
“Sepanjang tahun ini, kita sasar kira-kira 200,000 syarikat akan dilawati, dan sekitar 200,000 lagi disasar tahun depan, jumlah ini akan merangkumi sebahagian besar daripada keseluruhan syarikat registran GST dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi CBOS 3.0 Sarawak di Wisma Kastam di sini hari ini.
Subromaniam berkata, ini adalah kali ketiga CBOS yang menerapkan strategi lautan biru dalam meningkatkan kecekapan pungutan hasil menerusi pengukuhan kerjasama antara bahagian dan negeri dalam Jabatan Kastam sendiri dilancarkan.
Menurutnya, menerusi CBOS tahun lepas, amaun pungutan hasil kastam bertambah RM1.5 bilion, dan CBOS 3.0 ini diyakini akan memberi kesan berganda ke atas kecekapan pengurusan organisasi Kastam.
Source : http://www.utusan.com.my/…/gst-20-peratus-syarikat-hantar-p…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com