Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MASALAH pengangguran di kalangan graduan universiti bukanlah perkara baharu, malah isu ini sentiasa berlaku saban tahun, walaupun pelbagai inisiatif dilakukan.
Masalah ini berpunca dari sikap individu itu sendiri yang suka pilih pekerjaan serta mentaliti pihak majikan yang tidak gemar mengambil mahasiswa kerana tiada pengalaman bekerja.
Namun sampai bila masalah ini perlu berterusan?
Bagi mengupas lebih mendalam mengenai isu ini, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah membawakan anda Wacana Sinar Harian Siri ke-47 dengan membawa tajuk “Graduan Menganggur: Sampai bila?”
Wacana kali ini membariskan panelis terkemuka, Datuk Fazley Yaakob (Selebiti, Pengasas Sukasurce Group of Companies); Prof. Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman (Presiden, Naib Canselor Universiti Selangor) dan Safina Yaakob (CEO Future Forest Sdn Bhd).
Wacana akan dikendalikan oleh Nazri Kahar (Astro Awani).
Program yang berlangsung di Pentas Utama, Universiti Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada jam 9.45 pagi hingga 11.30 pagi.
Lintas langsung ini juga boleh ditonton di www.sinar.tv dan Twitter SinarOnline atau menerusi www.sinarharian.com.my.
Ikuti laporan langsung Wacana Sinar Harian:
10.20am: Moderator: Prof boleh terangkan apa punca graduan menganggur?
Prof Redzuan: Gagal berbahasa Inggeris antara punca utama graduan menganggur.
10.32am: Moderator: Apa sudah jadi dengan graduan kita? CGPA tinggi tapi krik krik!
Safina: Graduan kita tidak membaca akhbar. Graduan kita kurang pengetahuan semasa.
Bukan hanya baca Facebook, Whatsapp. Sekurang-kurangnya bila keluar universiti, mereka tahu apa yang berlaku di luar.
Moderator: Dr Fazley, lulusan Dr apa?
Dr Fazley: Saya lulusan akauntan dan ekonomi, saya bekerja sebagai juruaudit selepas habis belajar.
Ramai gagap bila jawab ketika ditanya tentang apa yang mereka boleh beri kepada jabatan bila diinterview.
10.45am: Moderator : Apa elemen perlu untuk graduan selepas tamat belajar?
Prof Redzuan: Tiga elemen iaitu berdikari, fokus dalam perniagaan. Perlu terapkan nilai kemanusiaan dan nilai komunikasi.
Moderator: Senaraikan lima ciri graduan yang boleh menyertai syarikat Safina?
Safina: Multi tasking, maksudnya boleh ke depan dan ke belakang dalam tugasan. Boleh membantu dan boleh disuruh.
Boleh berkomunikasi dengan baik. Ciri ketiga adalah kekemasan diri. Semua kena tahu apa yang patut dipakai.
Moderator: Bagaimana nak transformasikan diri? Macam mana nak branding diri untuk market diri?
Dr Fazley: Sebab itu branding adalah apa orang yang perkatakan diri anda, branding macam ni persepsi “dia bawa banyak nota” contoh.
Kita sering salahkan orang lain, kita harus jadi konstruktif.
Proses bina jenama adalah apa hati yang kita hendak. Jika anda fikir anda boleh apa yang anda fikir adalah betul.
Bila kita masuk bilik interview pun tak betul, kaki goyang. Branding adalah apa yang orang kata terhadap kita.
Source : http://www.sinarharian.com.my/…/graduan-menganggur-sampai-b…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com