Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR 2 Mei – Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa gaji rendah lebih baik daripada tiada langsung gaji, boleh memberi implikasi dan gambaran salah dalam kalangan majikan di negara ini.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J. Solomon berkata, kenyataan tersebut akan digunakan sebagai hujah untuk memberi kadar upah yang rendah dalam kalangan pekerja terutama buruh kasar pada masa hadapan.
“Perdebatan mengenai upah yang rendah dan tidak ada gaji tidak sepatutnya berlaku kerana majikan mungkin berfikir bahawa itu adalah ‘kebenaran’ mereka untuk memberi kadar (upah) yang rendah.
“Banyak kajian lain menunjukkan pekerja menghadapi masalah kewangan dengan upah yang rendah. Dr. Mahathir perlu memberi penjelasan sewajarnya walaupun kita mengalu-alukan ikrar kerajaan untuk memperbaiki undang-undang buruh dan proses tenaga kerja bagi mewujudkan mekanisme terbaik untuk menyelesaikan isu-isu antara majikan dan pekerja dengan cara yang harmoni,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr. Mahathir semalam berkata, walaupun pekerjaan sektor 3D (Dirty, Dangerous & Difficult) itu gaji rendah, ia adalah lebih baik daripada bekerja tanpa gaji.
Source : http://m.utusan.com.my/…/gaji-rendah-kenyataan-pm-beri-impl…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com