Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PETALING JAYA: Seperti dijangka, majikan tidak gembira dengan pengumuman kadar kadar gaji minimum baru semalam, tetapi seperti dijangka juga, pekerja mengalu-alukannya.
Sewaktu Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) hari ini mengkritik kenaikan “mengejut” gaji kepada RM1,100 sebulan serta elemen tidak konsisten langkah itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pula mengalu-alukannya dan berkata, ia sepatutnya lebih tinggi.
Pengarah eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan tidak gembira dengan keputusan kerajaan mengumumkan kenaikan gaji minimum itu secara tiba-tiba tanpa terlebih dahulu berunding dengan pihak berkepentingan kerana ia menjadi beban yang berat ke atas majikan.
“Pengumuman itu dibuat kurang 2 bulan selepas pengumuman terakhir mengenai gaji minimum pada September lepas. Sekarang kita tidak pasti apakah yang bakal berlaku; kerajaan mungkin akan mengumumkan kadar baru lain dalam masa terdekat.
“Bagi syarikat, kita memerlukan dasar yang konsisten dan muktamad. Kita tidak boleh terima keadaan sebegini, ia tidak baik untuk pelaburan masuk,” katanya kepada FMT.
Dalam pembentangan belanjawan pertamanya di Parlimen semalam, kerajaan mengumumkan kadar gaji minimum baru sebanyak RM1,100 untuk seluruh negara.
September lepas, Putrajaya menetapkan gaji minimum RM1,050 atau RM5.05 sejam untuk seluruh negara dan berkata, ia akan berkuat kuasa pada 1 Jan depan.
Shamsuddin berkata, kerajaan perlu tegas dan konsisten dalam membuat keputusan kerana kegagalan berbuat demikian akan menghakis keyakinan pelabur.
“Ia mengejutkan kami dan akan mewujudkan duluan yang buruk kerana kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat pengumuman sedemikian sebelum berunding dengan kami terlebih dulu. Kita memerlukan dasar yang tetap, bukannya keputusan yang berubah-ubah.
Katanya, majikan tidak ada pilihan selain daripada mematuhinya, dengan menambah bahawa beliau bimbangkan keadaan majikan di Sabah dan Sarawak.
“Keputusan ini akan memberi kesan paling besar ke atas mereka. Malah, mereka mungkin tidak bersedia pun.”
Dalam pada itu, setiausaha agung MTUC, J Solomon, yang mengalu-alukan kadar gaji minimum baru itu bagaimanapun berkata, kadar tersebut bukanlah jumlah yang mereka cadangkan.
“Buat masa ini kita terima usaha kerajaan ini. Sebagai balasan kami berharap kerajaan menghargai sikap baik kami dan bersedia menetapkan kadar gaji minimum lebih baik semasa semakan gaji selepas ini.”
Solomon juga merakamkan rasa penghargaan terhadap usaha kerajaan menimbangkan keperluan golongan B40.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com