Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
14hb Disember 2017 – Hotel Bayview, Georgetown, Pulau Pinang
Forum Undang-undang Pekerjaan Pulau Pinang 2017 telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Sumber Manusia Pulau Pinang telah diadakan di Hotel Bayview, Georgetown, Pulau Pinang.
Tujuan forum ini adalah untuk memberi pendedahan kepada isu semasa yang berkaitan dengan undang-undang pekerjaan dan menerima maklum balas melalui dialog antara para peserta industri dan pekerja di Pulau Pinang, di samping itu, industri juga perlu mengenali hak pekerja untuk membentuk kesatuan yang boleh membantu meningkatkan produktiviti.
Lebih daripada 200 peserta merangkumi Kerajaan, Majikan, NGO dan Kesatuan Sekerja menghadiri Forum ini.
Topik forum yang dibincangkan adalah melibatkan undang undang pekerjaan yang menjadi perhatian isu utama bagi para pekerja dan para pengamal perhubungan perusahaan/sumber manusia.
Berikutan adalah para penceramah untuk forum ini:-
1) Yang Arif Tuan Dominic Selvam Gnanapragasam
(Pengerusi Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang)
2) Sdr J.Solomon
(Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia)
3) Pn. Corine Ng Leen Leen ( Penolong Direktor Pejabat Buruh Pulau Pinang,Pasukan Khas Penguatkuasaan)
4) En. Anthony Arul Dass Arulappen ( Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial Negeri Pulau Pinang)
5) Pn. Ong Wooi Leng ( Ketua Pelajaran Sosial dan Program Statistik Institut Penang)
6) En. Muhamad Ali Hajah Mydin ( Ketua Pegawai Eksekutif PSDC)
Setiausaha Agung KKSM merangkap Setiausaha Agung NUBE Sdr J.Solomon telah perkongsian pengalaman dan memberi pencerahan tentang undang-undang melibatkan fungsi Kesatuan dalaman sekiranya adanya Kesatuan Kebangsaan yang sedia ada.
Turut hadir Timbalan Presiden NUBE merangkap Naib Pengerusi MTUC Bahagian Pulau Pinang Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen bersama dengan Naib Presiden NUBE Sdr Chee Yeeh Ceeu, Ahli Majlis Kebangsaan Eksekutif NUBE Sdr L.Baskaran, Sdr Mohamad Ilyas Humayoon Kabeer, Ahli Jawatankuasa NUBE PKP Sdr Zainul Ahamad Mydin dan Sdr Muhammad Jamil Winsent Abdullah.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com