Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Forum ini telah menjadi pentas pengongsian maklumat-maklumat penting.
Kesimpulannya; Kerajaan PH dan parti-parti komponennya serta beberapa pemimpin Kesatuan berusaha memastikan kuasa pekerja sentiasa jadi haprak dengan taktik-taktik berikut:
1. Kekalkan Gaji Minima pada tahap rendah maka pendapatan majoriti pekerja akan sentiasa kekal pada tahap rendah secara keseluruhan di Malaysia. Ini juga menyebabkan banyak kesatuan-kesatuan sekerja hanya diberi kadar kenaikan gaji yang amat rendah.
2. Apabila gaji rendah, pekerja akan berusaha lagi untuk mencari pendapatan lain demi menyarankan kehidupan mereka serta sekeluarga keluarga masing-masing.
3. Jadi, mereka tidak akan ada masa untuk perjuangkan hak asasi mereka.
Setiausaha Agung, Sdra J Solomon menjelaskan bahawa memang benar KKSM (MTUC) telah menyeru kepada warga pekerja untuk mengundi Pakatan Harapan tetapi ini tidak bermaksud kita harus berdiam apabila Kerajaan Pakatan tidak layan “harapan” warga pekerja sebaliknya menyejukan hati majikan melalui kadar kenaikan gaji minima yang mengemiskan – sebanyak RM 50.00.
Beliau menegaskan lagi bahawa Perdana Menteri kita; YAB Tun Dr. Mahatir Mohamad, dalam ucapan beliau di pentas Negara-negara Bersatu telah mengatakan bahawa negara-negara yang berada tidak harus membuli negara negara tidak berada.
Perkara yang sama sedang berlaku di Malaysia; majikan-majikan yang berada sedang membuli warga perkerja yang tidak berada. Kerajaan yang kita undi dengan penuh harapan, menghampakan harapan kita bersama.
Para penceramah dan hadirin pada hari ini sebulat suara MENOLAK KENAIKAN GAJI MINIMA RM 50.00 dan akan berarak ke Parlimen ada 17 Oktober 2018 untuk menyampaikan ketidakpuasan hati warga pekerja melalui Memorandum Bantahan 1050.
Cukuplah! Penindasan yang telah dilakukan selama 61 tahu ianya harus dihentikan.
Gabungan Bantah Gaji Minima RM 50.00 mengesak semua warga pekerja bersatu, berganding bahu dalam perjuangan ini demi Gaji Mimimum, menuntut kembali maruah warga pekerja menuntut kerajaan kaji semula kadar gaji minima.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com