Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Seramai enam pekerja dari sebuah agensi pelancongan tampil membuat laporan polis selepas mendakwa ditindas dan menerima ugutan daripada majikannya.
Mereka ditemani wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu mendakwa majikannya gagal mencarum ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), selain tidak dibayar gaji sejak April lalu.
Jurucakapnya, M Annadass, 49, mendakwa majikan juga gagal memberi makluman berhubung status terkini kumpulan pekerja berkenaan, sama ada mereka diberhentikan atau sebaliknya.
Difahamkan, tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap pengusaha agensi pelancongan terbabit, walaupun beberapa laporan berhubung situasi itu sudah dikemukakan kepada KWSP, PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
“Kegagalan majikan mencarum ke KWSP dan PERKESO sejak tahun lalu, hanya dikenal pasti selepas pergi ke kedua-dua premis berkenaan untuk memohon bantuan diumumkan kerajaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sudahlah kami hanya menerima gaji bernilai RM400 pada Mac lalu, dan kini terpaksa berdepan situasi seperti ini pula. Kami sangat tersepit dan memerlukan wang untuk menyara kehidupan.
“Malah, ada seorang daripada kami diberhentikan sejurus bertanya mengenai tunggakan gaji serta caruman KWSP dan PERKESO,” katanya ketika ditemui di pekarangan Balai Polis Traves di sini, hari ini.
Annadass mendakwa, majikan turut mengugut untuk mendedahkan isu peribadi dan membuat laporan polis terhadap beberapa pemandu kerana menyimpan kenderaan milik syarikat di rumah masing-masing.
“Ia tak adil kepada pemandu terbabit kerana pihak syarikat yang meminta mereka untuk menyimpan kenderaan berkenaan ekoran PKP, selain tidak menjelaskan tarikh tetap bagi proses pemulangan.
“Malah, kenderaan terbabit tidak digunakan bagi tujuan peribadi selain cukai jalan juga sudah tamat tempoh sejak 12 Mac lalu,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung MTUC, J Solomon, menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu berbangkit membabitkan kumpulan pekerja berkenaan.
“Saya kurang jelas mengapa isu ini dibiarkan berlarutan untuk suatu tempoh agak panjang sedangkan mereka tertindas dan sukar untuk menyara kehidupan masing-masing,” katanya.
Source : https://www.bharian.com.my/…/enam-pekerja-buat-laporan-poli…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com