Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Tarikh kemaskini: 13/12/2017
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Seorang pengarah syarikat pelaburan pesisir luar pantai didenda RM49,500 atau penjara 33 bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah tidak membayar cukai pendapatan pekerjanya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) antara tahun 2013 dan 2015.
Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu ke atas Roger David Weston Gumbrell, 70, selaku orang kena saman (OKS) selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dalam penghakimannya, beliau berkata kesalahan dilakukan Gumbrell adalah serius dan hukuman yang dijatuhkan mahkamah adalah bagi memberi pengajaran dan mendidik masyarakat terutama majikan dalam melaksanakan kewajipan mereka terhadap pekerja.
“Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara sebulan bagi setiap 33 pertuduhan. OKS juga diperintah membayar RM46,387 kepada LHDN dalam tempoh dua bulan bermula hari ini dan sekiranya gagal membayar jumlah tersebut OKS boleh dikenakan bayaran penalti waran levi,” katanya.
Gumbrell membayar denda itu…..
Sources: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1419074
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com