Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
WALAUPUN telah dikuatkuasakan sejak dua tahun lalu, tetapi masih ramai peniaga belum faham dengan jelas mengenai GST.
Akibatnya, ramai di antara mereka terpaksa menghadapi hukuman denda apabila Jabatan Kastam melakukan operasi pemeriksaan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk T Subromaniam, melalui operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS) yang dilancarkan tidak berapa lama duhulu, sekurang-kurangnya 25 peratus peniaga masih tidak memahami pelaksanaan GST sehingga ada yang melakukan kesilapan ketika mengisytiharkan laporan cukai kepada Jabatan Kastam.
“Sekiranya ada peniaga yang secara tidak sengaja melakukan kesilapan ketika membuat pengisytiharan cukai, Jabatan Kastam sedia memberikan bantuan dan tunjuk ajar
“Sebaliknya, sekiranya ada peniaga didapati cuba mengelak untuk membayar cukai, bayaran denda akan dikenakan terhadap mereka,” katanya kepada Sin Chew Daily.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemborong Pakaian Malaysia, Datuk Ang Say Tee pula berkata, sebanyak 30 peratus kedai butik di seluruh negara terpaksa gulung tikar selepas GST dikuatkuasakan.
“Pengusaha butik mengalami masalah besar, bukan sahaja terpaksa dikenakan GST, malah akibat penyusutan nilai ringgit, menyebabkan perniagaan semakin merosot.
“Ketika melakukan pengisytiharan cukai, ia amat membebankan peniaga kerana perlu melakukan proses yang banyak. Sekiranya terlambat buat bayaran, hukuman denda pula dikenakan,” katanya.
Pas perlu buat keputusan bijak
Pas akan mengalami kekalahan teruk pada PRU14 sekiranya mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan.
Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Zin berkata, pucuk pimpinan Pas Pusat perlu membuat keputusan bijak bagi mengelakkan mereka kehilangan sokongan pengundi.
“Sekiranya Pas tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan, mereka akan hilang banyak kerusi yang dimenangi atas sokongan diberikan pengundi Cina pada PRU lalu. Kerusi-kerusi yang dimenangi mereka adalah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Selangor,” katanya kepada Sin Chew Daily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru berkata demikian, mengulas 15 kawasan Pas di Pulau Pinang mengusulkan supaya pucuk pimpinan parti itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR pada Mesyuarat Agung Tahunannya hujung bulan ini.
“Pimpinan Pas hari ini agak jauh berbeza ketika di bawah pimpinan bekas Presiden, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan bekas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Kedua-dua bekas pemimpin ini lebih mementingkan politik kesederhanaan, sebaliknya pimpinan Pas pada hari ini cuba menguasai akar umbi dan mahu memutuskan hubungan dengan PKR,” katanya.
RUU 355 dijangka dibentangkan esok
Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, esok.
Difahamkan, perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengadakan perjumpaan dengan semua ahli parlimen BN, kelmarin.
Menurut laporan China Press, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan rang undang-undang persendirian itu esok, iaitu hari terakhir Dewan Rakyat bersidang.
“Timbalan perdana menteri mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen BN pada jam 1 petang kelmarin. Beliau telah memberikan taklimat ringkas mengenai pembentangan RUU 355. Pertemuan itu hanya berlangsung selama 15 minit sahaja,” kata sumber kepada akhbar ini.
Bagaimanapun, usul sama ada dibenar dibahaskan atau tidak, tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Sumber berkata, semua ahli parlimen BN digesa mengikut perkembangan semasa yang berlaku dalam Dewan Rakyat esok, kerana usul yang dibawa Abdul Hadi itu akan dibenarkan oleh Speaker tanpa sebarang notis pemberitahuan.
Source : http://www.sinarharian.com.my/…/didenda-kerana-tidak-faham-…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com