Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Bekas anak syarikat 1MDB, SRC International sudah membayar faedah secara tetap untuk pinjaman berjumlah RM4.386 bilion daripada Dana Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP).
Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, KWAP tidak bimbang kerana pinjaman itu dijamin kerajaan.
“Kami (KWAP) tidak bimbang dengan pinjaman itu. Mereka (SRC) masih membayar faedah setiap 6 bulan,” katanya selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan ibu pejabat baharu KWAP di Kuala Lumpur dan ulang tahun ke-10 dana itu di Menara Integra, The Intermark, semalam.
SRC dijadual memulakan bayaran balik pokoknya pada selang pinjaman berikutnya.
“Tempoh matang pinjaman itu ialah September, jika saya tidak silap.”
SRC International meminjam RM4.385 bilion daripada KWAP pada kadar faedah antara 4.3% dan 5.1% setahun.
Pinjaman itu dibahagikan kepada 2 bahagian – 1 daripadanya diberikan pada 2011 dan satu lagi pada 2012 – masing-masing bernilai RM2 bilion, dengan tempoh bayaran balik selama 10 tahun.
Lima tahun pertama pinjaman itu akan menyaksikan mereka membayar faedah, manakala baki 5 tahun lagi untuk bayaran balik pokok dan faedah.
SRC International ditubuhkan pada 2011 untuk meneroka pelaburan strategik antarabangsa dalam sektor tenaga.
Ia merupakan anak syarikat 1MDB milik kerajaan sehingga ia diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, yang diketuai Najib.
November lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengakui SRC International berdepan kesukaran kewangan kerana menghadapi masalah mendapatkan kembali wang yang disimpan dalam cawangan Bank BSI di Singapura.
Ia susulan pihak berkuasa Singapura menghentikan operasi bank itu kerana melanggar peraturan pengubahan wang haram yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB.
Source : http://www.freemalaysiatoday.com/…/dana-pencen-terus-terim…/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com