Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
TELOK PANGLIMA GARANG – Hasrat sebuah kilang menuntut hak berkesatuan akhirnya tercapai apabila kerajaan melalui kabinet pada Mei 2009 meluluskan penubuhan kesatuan sekerja untuk pekerja elektronik dalam negara.
Presiden Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia, Wan Noorulazhar Mohd Hanafiah berkata, permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan kesatuan sekerja telah dipohon seawal Januari 2010, namun syarikat enggan mengiktiraf dan membawa ke mahkamah untuk membatalkan permohonan.
“Bagaimanapun, proses undi sulit dijalankan selama tiga hari bermula 4 hingga 9 Januari lalu mendapati kesatuan menerima risiko kekalahan kerana setelah empat tahun ramai pekerja telah berhenti dan nama mereka masih layak dalam mengundi kerana kiraan undi dikira 100 peratus daripada senarai pekerja pada permohonan dibuat dahulu.
“Malah terdapat juga 138 nama pekerja asing Indonesia dan Myanmar yang layak mengundi tetapi mereka telah pulang ke negara asal,” katanya.
Wan Noorulazhar yang turut menyandang jawatan Pengerusi Pemilihan kepimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Selangor dan Wilayah Persekutuan berkata, rezeki menyebelahi mereka apabila kesatuan mendapat undi majoriti iaitu lebih 70 peratus menyokong sebagai ahli kesatuan.
Katanya, beliau berharap objektif kesatuan untuk memupuk perhubungan yang positif antara majikan dan pekerja bagi mewujudkan suasana kerja yang baik seterusnya meningkatkan hasil produktiviti dapat dijalankan selain membentuk satu kuasa yang kukuh oleh ahli dalam kilang untuk perundingan dengan majikan demi menjaga hak pekerja.
“Pelbagai harapan termasuk aspek kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang lebih baik bakal dirunding bagi menjaga hak pekerja dengan adil,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com