Buah tangan dari Perdana Menteri untuk penjawat awam, pesara
4 April 2018 Print page
PUTRAJAYA 4 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan khabar gembira kepada 1.6 juta penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 bahawa kerajaan bersetuju memberi kenaikan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion ringgit berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018.
Beliau berkata ini bermakna penjawat awam mendapat tahunan 1 lagi kenaikan gaji tahunan disamping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun ini.
Selain itu beliau turut mengumumkan:-
2- Pemendekan tempoh time-based kali kedua kepada kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari 2018.
3- Mewujudkan lapisan Gred 56 bagi skim pegawai perkhidmatan pendidikan (berkuatkuasa 1 Januari 2019).
4- Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak warganegara (berkuatkuasa 1 Julai 2018).
5- Dana tahunan kepada Cuepacs RM3 juta setahun.
6- Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan kepada penjawat awam bukan islam maksimum 7 hari (berkuatkuasa Januari 2018).
7- Satu peratus Kenaikan kadar pencen tahunan secara one off untuk tahun 2018 sebagai tambahan kepada 2% yang diterima pesara pada 1 Januari 2018.
8- Pemberian Geran Khas RM1 juta kepada Persatuan Pesara bagi tahun 2018
9.- Menetapkan kuota haji untuk persatuan pesara kerajaan.
Source : http://m.utusan.com.my/berita/politik/buah-tangan-dari-perdana-menteri-untuk-penjawat-awam-pesara-1.641440#.WsRQsXvVJLk.whatsapp