Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MULAI 1 Mei depan, Alliance Bank akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM2 dan 12 sen (GST) kepada pelanggan yang ingin mengeluarkan atau membuat simpanan wang RM5,000 atau kurang di kaunter bank berkenaan.
Justeru, sekiranya orang ramai tidak berpuas hati dengan langkah dikenakan oleh bank tersebut, mereka boleh mengemukakan aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurut Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, sekiranya menerima aduan orang ramai, Fomca akan cuba berunding dengan pihak bank bagi mencari jalan penyelesaian demi kepentingan pengguna.
“Sekiranya ada pengguna masih tidak puas hati dengan penjelasan bank, mereka boleh membuat langkah selanjutnya iaitu membuat aduan kepada BNM,” katanya kepada Nanyang Siang Pau.
Menurutnya, walaupun bersetuju dengan pendapat orang ramai bahawa keputusan mengenakan caj perkhidmatan itu adalah tidak adil, namun apa yang cuba dilakukan pihak bank ialah ingin mengurangkan urusan di kaunter dan menggalakkan pelanggannya menggunakan perkhidmatan secara talian.
Source : http://www.sinarharian.com.my/…/boleh-mengadu-kepada-bank-n…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com