Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR 1 Sept. – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan memperkenalkan pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bulanan sebanyak RM500 atau lebih kepada pekerja menerusi Bajet 2020, selain meningkatkan had umur persaraan mandatori kepada 65 tahun.
Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon berkata, pemberian COLA kepada pekerja tidak boleh ditangguhkan lagi kerana kos sara hidup semakin meningkat, selain mengambil kira hasil kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini yang mendapati Malaysia menggunakan kaedah lapuk untuk menetapkan Garis Pendapatan Kemiskinan (PLI) negara.
“Selain COLA, had umur persaraan juga harus dinaikkan kerana gaji rendah menyebabkan pekerja tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung tempoh persaraan panjang, dengan mengambil kira purata jangka hayat rakyat Malaysia pada masa hadapan di jangka menokok kepada 80 tahun.
“Antara tanggungjawab utama kerajaan adalah menurunkan kos sara hidup namun hakikatnya harga barangan atau komoditi yang naik, tidak pernah turun. Kerajaan harus menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia kelas pertengahan dan berpendapatan rendah tidak lagi berupaya menyara diri dan hidup dalam serba kekurangan.
“MTUC bukan mendesak kenaikan gaji bersih tetapi mahukan pendapatan yang dapat menampung kos sara hidup pekerja. Kajian Pertubuhan Bangsa Bersatu menunjukkan kadar kemiskinan sebenarnya adalah antara 15 peratus sehingga 20 peratus dan ini berkait secara langsung dengan upah rendah pekerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Solomon turut menggesa kerajaan untuk menimbang Laporan Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa seseorang individu yang bekerja di Kuala Lumpur memerlukan pendapatan minimum RM2,700 untuk hidup selesa manakala pasangan suami-isteri dengan dua anak memerlukan RM6,500 sebulan.
“Realiti adalah pendapatan sebilangan besar rakyat Malaysia adalah jauh di bawah paras angka-angka yang dipetik dalam laporan BNM itu justeru keperluan memastikan pekerja Malaysia diberikan upah yang sejajar dengan kos sara hidup.
“Solomon berkata upah sedemikian amat diperlukan oleh golongan B40 dan M40 yang menjadi mangsa utama akibat kesilapan kaedah mengukur kadar kemiskinan sebenar di Malaysia yang menjadi asas kepada penggubalan dasar-dasar yang tidak gagal membela mereka,” katanya.
Source : https://m.utusan.com.my/…/bajet-2020-mtuc-tuntut-cola-rm500…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com