Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Kuala Lumpur – Kongress Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesak kerajaan tidak melayan sebarang tuntutan daripada majikan yang mahu mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan umur persaraan 60 tahun yang berkuat kuasa 1 Julai ini.
Presidennya, Khalid Atan, berkata kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia (KSM) memberi tempoh mencukupi kepada majikan berbuat demikian sehingga tarikh akhir 30 April lalu.
Katanya, keputusan kerajaan untuk mengenakan denda kepada majikan yang gagal mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012 adalah tepat pada masanya bagi memelihara kepentingan dan kebajikan pekerja, khususnya pekerja tempatan.
Majikan sengaja elak
Beliau turut menyelar tindakan majikan yang membuat permohonan penangguhan dengan mengemukakan alasan remeh dan tidak masuk akal semata-mata mahu mengelak melaksanakan pembayaran gaji minimum.
“Sepatutnya tiada lagi alasan diberikan oleh majikan kerana mereka sudah diberi tempoh masa yang lama untuk berbuat demikian.”
“Kebanyakan alasan yang diberikan sangat remeh dan meleset. Jika kerajaan memanjangkan lagi tempoh atau menunda tarikh, penguatkuasaan itu kosong dan tiada nilai,” katanya kepada BH, semalam.
Kelmarin, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib dilaporkan berkata, majikan yang tidak mengemukakan permohonan penangguhan, tetapi gagal melaksana umur persaraan 60 tahun berkuat kuasa 1 Julai ini akan didenda sehingga RM10,000 mengikut Akta Umur Persaraan Minimum 2012.
Menurut Ismail, sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 April lalu, kementerian hanya menerima 331 permohonan majikan dan semuanya masih peringkat penelitian dan semakan.
Bincang isu
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Samsuddin Bardan, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan KSM bagi membolehkan majikan diberi sedikit masa sebelum peraturan itu dilaksanakan secara menyeluruh.
Katanya, majikan perlu diberi masa lebih panjang untuk memahami peraturan yang julung kali dilaksanakan di negara ini.
“Bagi meneliti pelaksanaan ini, majikan perlu dibenarkan mengemukakan permohonan penangguhan sehingga Januari 2014.
“Jika majikan mengemukakan alasan munasabah, adalah wajar kerajaan memberi pertimbangan kepada mereka,” katanya.
Sumber: Berita Harian, 27 Mei 2013
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com