Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR 21 Mei – Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (AKSPS 2017) yang bermula 1 Jun depan merupakan usaha kerajaan memberi perlindungan keselamatan sosial secara berkesan kepada rakyat yang bekerja sendiri.
Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, akta berkenaan ditadbir, dilaksana dan dikuatkuasakan oleh Perkeso bagi melindungi golongan tersebut.
Katanya, buat permulaan, AKSPS 2017 terpakai ke atas kira-kira 100,000 pemandu teksi, Uber dan Grabcar bagi membolehkan mereka mendapat faedah sekiranya berlaku kemalangan atau penyakit sewaktu bekerja sebelum diperluas kepada sektor-sektor lain.
“Bermula 1 Jun ini, kesemua pemandu teksi, Uber, Grabcar dan perkhidmatan seumpamanya wajib mencarum sebanyak 1.25 peratus daripada pendapatan yang diinsuranskan.
“Kami juga sedang giat bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), persatuan pemandu teksi, syarikat Uber dan Grab bagi memastikan kesemua pemandu yang mendaftar di bawah agensi tersebut mencarum melalui akta ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
AKSPS 2017 diluluskan semasa Persidangan Dewan Negara April lalu dengan peruntukan sebanyak RM60 juta sebagai geran pelancaran seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Pembentangan Bajet 2017.
Mengulas lanjut, Mohammed Azman berkata, pelaksanaan akta ini wajar dilihat dari sudut positif memandangkan ia mempunyai peranan lebih meluas berbanding insurans swasta.
Katanya, faedah yang dibayar oleh Perkeso melalui akta ini atas prinsip penggantian pendapatan termasuk kemudahan pemulihan jauh lebih bermakna berbanding insurans swasta yang hanya membayar mengikut jumlah yang ditetapkan dalam polisi insurans.
“Pekerja sendiri seharusnya mengambil peluang ini, walaupun mereka sudah mempunyai insurans sendiri, namun dengan hanya mencarum sebanyak RM592.80 setahun atau RM49.40 sebulan bagi pendapatan RM3,950 sebulan, mereka mendapat perlindungan menyeluruh daripada Perkeso.
“Saya berharap pemandu teksi, Uber dan Grabcar tidak melihat akta ini sebagai suatu beban, tetapi lebih kepada satu bantuan untuk memastikan jaringan keselamatan pekerja akan berterusan dan terjamin,” katanya.
Beliau menambah, pemandu teksi yang bekerja sendiri perlu membayar caruman secara tahunan terus kepada Perkeso melalui kaunter pejabat Perkeso berhampiran.
Tag Berkaitan
Kuala Lumpur Pekerjaan Peraturan dan Keselamatan Semasa
Source : http://www.utusan.com.my/…/akta-pekerjaan-sendiri-kukuh-jar…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com