Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
SURAT: Malaysian Trades Union Congress Sabah (MTUC) sekali lagi di kejutkan dengan keadaan dan situasi para pekerja di Sabah Forest Industri, Sipitang. Sudah lebih enam bulan SFI tidak menjalankan operasinya. Keadaan ini telah memberi tekanan kepada pekera-pekerja SFI yang berjumlah lebih kurang 1,600.
Mengikut aduan Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkayuan Sabah (STIEU) ini, mereka tidak melakukan apa-apa kerja selama 6 bulan. Walaubagaimanapun, mereka di haruskan berada di kilang atau pejabat pada setiap hari mengikut waktu kerja.
“Sudah 6 bulan kami pergi pulang balik ke tempat kerja dari pagi hingga petang tanpa membuat apa-apa kerja. Keadaan ini memberi tekanan kepada kami kerana kami hanya duduk tanpa membuat apa-apa kerja ataupun hanya membuat sekadar pembersihan,” kata Presiden En. Martin dan juga Setiausa Engrit Liaw.
Mengapakah Kerajaan Negeri Sabah berdiam diri dan tidak mengambil tindakan terhadap SFI? Sedangkan Pengerusi SFI adalah SK Kerajaan Negeri Sabah.
Selama 6 bulan ini ada beberapa bulan gaji pekerja lambat di bayar dan kalau di bayar pun di bayar dua kali. Kesatuan STIEU juga mengadu bahawa pembayaran KWSP juga tidak di salurkan ke akaun KWSP mereka walaupun potongan gaji pekerja telah pun di buat.
Setiausaha MTUC Sabah, Catherine Jikunan telah membuat aduan ke KWSP mengenai dengan kesalahan SFI tidak membayar caruman KWSP pekerja-pekerja SFI ini. MTUC di fahamkan bahawa setakat ini 2 bulan caruman KWSP para pekerja tidak di hantar ke KWSP.
MTUC Sabah berharap badan badan seperti KWSP, PERKESO, DOSH dan Jabatan Tenaga Kerja mengambil tindakan dengan segera terhadap SFI di sebabkan tiada pematuhan undang-undang buruh Sabah.
MTUC Sabah mengesa Kerajaan Negeri Sabah untuk bertindak dan campur tangan dalam menyelesaikan permasalaah di Sabah Forest Industri ini memandangkan Kerajaan Negeri Sabah juga mempunyai kepentingan di SFI.
Setiausaha MTUC Sabah Cik Catherine Jikunan menyatakan bahawa sekiranya tiada tindakan yang di ambil terhadap SFI ini, maka pekerja-pekerja tempatan yang berjumlah lebih kurang 1,600 ini akan kehilangan punca pendapatan mereka.
Kerajaan Negeri Sabah perlulah prihatin dan perlu menjaga kebajikan pekerja-pekerja tempatan ini. Kebanyakan pekerja tempata ini telah berkhidmat lama dengan SFI.
Ini lah waktunya sepatutnya Kerajaan Negeri Sabah prihatin terhadap rakyat Sabah. Perlu turun padang dan berdekatan dengan rakyat dan mendengar permasaalahan mereka. Ini lain pula, sudah 6 bulan keadaan pekerja-pekerja SFI yang tidak menentu, langsung tidak kedengaran apa apa bantuan atau pun hasrat untuk membantu mereka.
oleh Catherine Jikunan. 19 jan 2017
http://www.borneotoday.net/bila-lagi-kerajaan-negeri-sabah-prihatin-terhadap-pekerja/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com