Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Sudah tiba masa gaji minimum yang lebih munasabah dilaksanakan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi. Kadar semasa mesti dinaikkan sehingga RM1,800.00 untuk mencapai cadangan BNM gaji kehidupan wajar RM2700.00.
Ini adalah perkara utama dalam Tuntutan Pekerja Daripada MTUC, yang dikeluarkan baru-baru ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Malaysia, kata Setiausaha Agung MTUC, Sdra J. Solomon.
“Kenaikan gaji minimum dari RM1,000 pada masa sekarang kepada RM1,800 bukan satu lonjakan yang drastik jika kadarnya disemak dengan tepat pada masanya dan adil untuk merealisasikan Wawasan 2020.
“Pekerja-pekerja berpendapatan paling rendah di negara ini memerlukan peningkatan besar dalam pendapatan mereka dan seharusnya menjadi bahagian yang sewajarnya dalam ekonomi negara yang mantap kerana manifesto parti-parti politik yang dilancarkan menjelang PRU14 hanya menyasarkan gaji minimum RM1,500 secara berperingkat dan dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Dan untuk menampung kos sara hidup setiap pekerja di Malaysia, MTUC juga menuntut Elaun Kos Hidup (COLA) sebanyak RM300 sebulan untuk setiap pekerja,” kata beliau.
Sekarang adalah masa untuk pekerja mengiktiraf kekuatan kita sebagai pemain utama dalam ekonomi negara dan penyertaan padu anda pada 1 Mei ini untuk sambutan Hari Pekerja di Wisma MTUC di USJ Subang dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari akan membantu merealisasikan tuntutan para pekerja.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com