Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Wisma MTUC 4 Mac 2020
MTUC pada hari ini telah menerima kunjungan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ke Wisma MTUC. Delegasi AKPK ini diketuai oleh Tuan Azaddin Ngah Tasir, Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohammad Khalil Jamaldin, Ketua Komunikasi Koperat, Encik Mansor Ali, Ketua Jabatan Pengurusan Saluran, Puan Rohanizam Talib, Jabatan Pemasaran & Pembangunan Perniagaan dan Encik Mohamad Khalil Jamaldin, Ketua Komunikasi Koperat. Manakala MTUC diwakili oleh Sdra J Solomon, Setiausaha Agung, Sdra Jey Kumar, Naib Presiden, Sdra Rudy Rusly, Ahli Majlis Am, Dr. Nagiah Ramasamy, Penasihat MTUC, Sdra K Soma, Penolong Setiausaha Pendidikan, Sdra Chee YC, Ahli Majlis Am, Sdra Zul Thye, Penyelaras Perhubungan Perusahaan, Sdra Alfred, Ahli Majlis Am dan beberapa ahli kesatuan gabungan MTUC.
AKPK mengucapkan Terima Kasih kepada MTUC kerana sudi menerima kunjungan mereka. Ini sekaligus dapat memberi peluang dan ruang kepada AKPK untuk menerangkan dengan lebih lanjut peranan dan perkhidmatan AKPK kepada masyarakat di Malaysia, khususnya kepada golongan pekerja. Sdra K Soma telah memulakan perbincangan dengan menerangkan kepada semua yang hadir berkenaan sejarah penubuhan Kesatuan Sekerja dan juga penubuhan MTUC. Latar belakang berkenaan MTUC dan perkhidmatannya kepada semua golongan pekerja MTUC telah dibentangkan.
Wakil AKPK telah membentangkan peranan dan fungsi AKPK, jenis-jenis perkhidmatan AKPK dan cadangan AKPK untuk pihak MTUC. Melalui penerangan yang diberikan ialah, AKPK, adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak. Di antara tawaran perkhidmatan mereka adalah:
• Pendidikan Kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan skil pengurusan kredit.
• Kaunseling Kewangan yang memberikan kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan.
• Program Pegurusan Kredit bagi mambantu pengguna menguasai semula kewangan mereka
Cadangan dari pihak AKPK kepada pihak MTUC adalah mengadakan koliberasi bersama dalam membuat jangkauan (outreach) kepada golongan pekerja apabila penguranggan pekerja berlaku di mana-mana organisasi dan membantu mereka untuk diberikan khidmat nasihat dalam pengurusan kewangan mereka. Mereka juga berminat untuk bersama MTUC memberikan penerangan secara percuma di dalam mana-mana program anjuran MTUC.
Sdra J Solomon dalam maklumbalasnya, mengucapkan terima kasih kepada AKPK kerana sudi meluangkan masa untuk memberikan penerangan yang sememangnya boleh membantu golongan pekerja dan cadangan untuk bekerjasama dengan MTUC. Kerjasama ini akan lebih bermakna sekiranya suatu MOU dapat dimeterai dengan niat dapat memberikan kesedaran yang baik kepada semua kesatuan gabungan.
Pihak AKPK mengalu-alukan cadangan tersebut dan bersetuju untuk menghantar cadangan bertulis yang jelas tentang bagaimana kerjasama ini boleh memberi kesan yang baik bagi kedua dua pihak supaya persefahaman yang jelas dalam menjalinkan kerjasama dapat dijalankan dengan penuh keyakinan dan berkesan. Sekaligus dapat menguntungkan golongan pekerja di negara ini.
Sdra Rudy Rusly ada mencadangkan agar program Out Reach MTUC, turut disertai oleh pihak AKPK dan dapat bersama-sama membantu golongan pekerja dalam mewujudkan kesedaran kepada pekerja berkenaan cara pengurusan kewangan yang baik. Mesyuarat ini berakhir dengan penyerahan memento kepada pihak AKPK dan sesi bergambar.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com