Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Kecewa dengan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang gagal mencapai persepakatan tentang gaji minimum baru untuk sektor swasta, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kini menyandarkan harapan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menetapkan kadar pada RM1,200 sebulan.
Setiausaha Agung MTUC N Gopal Kishnam berkata, MPGN tidak dapat bersetuju dengan jumlah kenaikan gaji minimum walaupun selepas tiga rundingan dibuat.
“Kami harap perdana menteri semasa Hari Buruh ini akan membuat pengumuman menetapkan gaji minimum RM1,200 sehingga hujung tahun depan,” katanya kepada The Malaysia Insider.
Beliau berharap kerajaan juga mewajibkan majikan membayar RM300 sebagai elaun sara hidup (Cola).
“Majikan tiada pilihan melainkan membayarnya jika keputusan dibuat kerajaan,” katanya yang percaya Menteri Sumber Manusia sudah memaklumkan keadaan MPGN kepada Kabinet.
MPGN dipengerusikan bekas Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
Anggotanya terdiri daripada lima wakil kerajaan, dan masing-masing enam daripada kumpulan pekerja dan kesatuan, golongan majikan dan pakar ekonomi.
Dasar gaji minimum diperkenalkan Malaysia pada Januari 2013, dengan kadar RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak.
Perintah Gaji Minimum 2012 menetapkan gaji minimum perlu disemak semula setiap dua tahun dan majikan yang melanggar arahan tersebut boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap pekerja.
Ketika ini, majikan sektor swasta yang membayar lebih dari gaji minimum yang ditetapkan ialah berdasarkan kuasa pasaran atau perjanjian bersama antara majikan dan pekerja.
Gopal yang juga ahli MPGN berkata, majikan mahu gaji minimum semasa dikekalkan kerana mereka mungkin menghadapi masalah mengekalkan perniagaan jika kadar dinaikkan lagi.
Namun, katanya ramai daripada golongan berpendapatan rendah sukar untuk menampung keperluan hidup kerana terbeban kerana kos sara hidup yang meningkat, selain 6& cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan sejak 1 April lalu.
“Gaji rakyat Malaysia sudah lama ditekan kerana majikan bergantung kepada warga asing yang dibayar gaji rendah.
“Malah gaji minimum mereka termasuk elaun dan itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya merujuk kepada gaji pekerja asing.
Terdapat 14.2 pekerja sektor swasta keseluruhan, termasuk warga asing.
Gopal berkata, permintaan MTUC munasabah memandangkan kesatuan pekerja sektor awam (Ceupacs) juga awal tahun ini mencadangkan kerajaan menaikkan kadar gaji untuk sektor awam kepada RM1,200 sebelum melaksanakan GST.
Presiden Cuepacs Azih Muda juga berkata, kenaikan gaji mampu meringankan beban kakitangan kerajaan menghadapi kenaikan harga barang.
“Margin 6-8% sangat membebankan, terutamanya pekerja awam Gred 54 dan ke bawah,” katanya.
Katanya,Cuepacs mahu kerajaan selaraskan kadar Cola seluruh negara, manakala elaun tetap kakitangan awam perlu dinaikkan kepada minimum RM250.
Cuepacs juga berharap kerajaan menilai semula 252 skim gaji dan elaun kakitangan awam sempena Hari Buruh 1 Mei ini.
Azih berkata, kerajaan perlu menjalankan satu penilaian terhadap gaji yang tertangguh sejak 15 tahun dahulu kerana kenaikan kos hidup yang sangat tinggi pada masa ini. – 27 April, 2015.
Sumber: The Malaysian Insider
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com