Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
UTRAJAYA, 4 Julai (Bernama) — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 12 pengguna mempunyai hak di sisi perundangan untuk mengakses maklumat dalam dua dokumen berkaitan tarif air, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar berkata pendedahan perjanjian konsesi antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta laporan audit merupakan hak asasi kerana dokumen itu membabitkan kepentingan awam.
Perayu mempunyai hak untuk dimaklumkan berkaitan perkara itu kerana mereka akan terjejas dengan kenaikan tarif air, kata beliau pada prosiding rayuan oleh MTUC dan 12 pengguna di Mahkamah Persekutuan. MTUC dan 12 individu termasuk bekas pengerusinya, Syed Sharir Syed Mohamud serta dua anak berusia 10 dan 15 tahun, memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mengetepikan keputusan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi menolak permintaan mereka untuk mengakses dokumen berkenaan.
Malik berhujah perayu, yang merupakan pengguna di Lembah Klang, akan terjejas dengan perjanjian itu berikutan kawalan monopoli bekalan air dan mereka ingin tahu sama ada alasan kenaikan tarif adalah wajar.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com