Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
3 Ogos – Wisma MTUC
Menerima kunjungan delegasi dari Korea Selatan ke MTUC pagi ini. Delegasi diketuai oleh Encik Kim,Jin-Kyu,Datuk Bandar Daerah Namgu,Ulsan, Encik Cho Il Rae,Pengerusi Ulsan Petrochemical Complex Association(UPCA), Encik Jae-In Kim,Pengurus Besar FKTU Pejabat Serantau Ulsan, beberapa wakil Kesatuan Sekerja Korea Selatan dan pegawai-pegawai perusahaan yang lain.
MTUC diwakili oleh Sdra K Soma,Penolong Setiausaha Pendidikan dan Sdra Zul Thye,Penyelaras MTUC MRC. Turut serta di dalam pertemuan ini ialah Sdri Monina Wong,ITUC CSI dan Encik Paapa Kwasi,Pegawai Undang Undang ITUC CSI.
Tujuan delegasi tersebut hadir ke MTUC adalah sempena mempromosikan Pengurusan Perusahaan dan Jawatankuasa Penasihat Luar Negara- Lawatan Kerja untuk tujuan penanda aras dan berkongsi maklumat bagi peningkatan pengurusan perusahaan dan pengurusan pekerja.
Sdra Soma telah memberikan pembentangan berkenaan sejarah MTUC, reformasi perundangan Malaysia, Pengurusan Pekerja Malaysia, Kepentingan Konvensyen 87 & 98 dan pelbagai lagi perkara berkaitan pekerjaan.
Di akhir sesi pertemuan, kedua dua pihak saling bertukar cenderahati.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com