KONGRES
KESATUAN SEKERJA MALAYSIA
KAJIAN GAJI MINIMUM
42
maklumat dari Kesatuan-kesatuan Sekerja telah diterima oleh MTUC dari pelbagai
industri. Keterangan kaji selidik mengenai gaji minimum telah diperolehi dari
seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak
Hasil
penelitian kesemua borang kajiselidik mengambarkan kenyataan berikut:
|
|
Terendah |
Tertinggi |
|
Pulau
Pinang |
318 |
585 |
|
Kedah |
400 |
623 |
|
338 |
520 |
|
|
Kuala
Lumpur |
273 |
592 |
|
Selangor |
300 |
740 |
|
Melaka |
416 |
479 |
|
Negeri
Sembilan |
450 |
610 |
|
Johor |
300 |
724 |
|
Kelantan |
400 |
500 |
|
Terengganu |
500 |
500 |
|
Pahang |
510 |
540 |
|
Sabah |
310 |
692 |
|
Sarawak |
384 |
825 |
Berdasarkan
jadual di atas didapati bahawa gaji minimum yang terendah adalah di Kuala
Lumpur iaitu sebanyak RM273 ( diterima oleh Pekerja Felda Trading Sdn.Bhd) dan
tertinggi adalah RM825 (diterima oleh Pekerja Shell Petroleum di Sarawak).
Berbanding
dengan keseluruhan tangga gaji menunjukkan 46.2% adalah tangga gaji yang berada
pada paras RM300, 30.8% pula pada tangga gaji bagi RM400, 15.4% adalah tangga
gaji untuk RM500 dan selebihnya sebanyak 7.6% adalah pada paras RM200.
Berbandingan bagi setiap negeri
pula dapat diperjelaskan sedemikian;
Bagi
negeri Pulau Pinang dari 17 skala
gaji yang diterima, tangga gaji yang paling rendah adalah bernilai RM318 dan
tertinggi RM585. Purata skala gaji bagi Pulau Pinang berada pada paras RM400
iaitu sebanyak 82.4%. Manakala selebihnya berada pada paras RM300 dan RM500.
|
Skala Gaji |
Peratus |
|
RM500 |
5.8% |
|
RM400 |
82.4% |
|
RM300 |
11.8% |
|
|
100.00 |
Kedah –Dari 5 skala gaji yang diterima, gaji yang terendah
ialah RM400 dan RM623 adalah gaji yang tertinggi. Purata skala gaji bagi Kedah
berada pada paras RM400 iaitu sebanyak 60% dan selebihnya 20% pada paras RM500
dan 20% lagi pada paras RM600.
|
Skala
Gaji |
Peratus |
|
RM600 |
20% |
|
RM500 |
20% |
|
RM400 |
60 % |
|
|
100.00 |
Perak- Dari 6 skala gaji yang diterima gaji yang terendah bernilai RM338 dan
tertinggi adalah RM520. Purata skala yang diduduki oleh Perak adalah RM400
iaitu sebanyak 67%. Manakala tangga gaji bagi paras RM300 dan RM500
masing-masing adalah sebanyak 16.5%.
|
Skala gaji |
Peratus |
|
RM500 |
16.5% |
|
RM400 |
67% |
|
RM300 |
16.5% |
|
|
100.00 |
Kuala Lumpur- Skala gaji bagi Kuala Lumpur yang diterima adalah
20. Daripada 20 skala gaji yang diterima didapati gaji yang terendah adalah
RM273 malah ia merupakan skala gaji yang terendah di Malaysia. Manakala gaji
yang tertinggi ialah RM592. Sebanyak 40% daripada gaji yang diterima berada
pada paras RM400, 35% pula berada pada
paras gaji RM500 dan hanya 10% yang menerima lebih RM600.Walaupun
terdapat gaji melebihi paras RM600 sebenarnya ia merupakan gaji yang diterima
oleh kakitangan atasan iaitu pegawai. Malah gaji untuk buruh am masih di bawah
paras RM600.
|
Skala gaji |
Peratus |
|
RM600+ |
10% |
|
RM500 |
35% |
|
RM400 |
40% |
|
RM300 |
10% |
|
RM200 |
5% |
|
|
100.00 |
Selangor- 46 skala gaji yang diterima daripada pelbagai kategori industri. Gaji yang terendah adalah RM300 dan tertinggi adalah RM740. Purata skala gaji pada tangga gaji RM500 ialah sebanyak 45.7%; manakala 30.4% pula pada tangga gaji RM400 dan 17.4% sahaja yang melebihi skala gaji RM600. Tangga gaji keseluruhan yang diduduki oleh Selangor adalah RM400 hingga RM500 iaitu lebih kurang 76.1%. Skala gaji yang melebihi RM600 mewakili nilai sebanyak 17.4% yang diterima oleh Pegawai jabatan hasil dalam negeri; ia bukan mewakili buruh am.
| Skala Gaji | Peratus |
| RM600+ | 17.4% |
| RM500 | 45.7% |
| RM400 | 30.4% |
| RM300 | 6.5% |
| 100.00 |
Melaka- Bagi negeri Melaka pula skala gaji yang diperolehi hanya dua sahaja. Kedua-dua skala tersebut berada pada tangga RM400.
| Skala Gaji | |
| RM400 | 100% |
Negeri sembilan- Daripada 8 skala gaji yang diterima, gaji yang
terendah adalah RM450 dan gaji yang tertinggi adalah RM610. Keseluruhannya 50%
daripada skala gaji tersebut berada pada paras RM400 dan 37.5% pula berada pada
paras RM500 dan selebihnya berada pada paras RM600.
| Skala Gaji | Peratus |
| RM600+ | 12.5% |
| RM500 | 37.5% |
| RM400 | 50% |
| 100.00 |
Johor-24 skala gaji telah diperolehi dari negeri Johor.
Gaji yang terendah adalah RM300 dan tertinggi adalah RM724. Tangga gaji yang
berada pada paras RM300 adalah sebanyak 33.2%, manakala pada paras RM400 pula
ialah 25% dan RM500 pula sebanyak 21%. Keseluruhanya Johor masih berada pada
paras RM300 hingga RM400. Bagi negeri Johor skala gaji yang diterima pada paras
RM600 adalah 20.8%; kesemua skala yang tinggi ini diterima oleh pekerja yang
terlibat dalam industri perkayuan sahaja.
| Skala Gaji | Peratus |
| RM600+ | 20.8% |
| RM500 | 21% |
| RM400 | 25% |
| RM300 | 33.2% |
| 100.00 |
Kelantan-Bagi negeri Kelantan pula hanya 2 skala gaji yang
diterima. Kedua-dua skala tersebut ialah RM400 dan RM500.
| Skala Gaji | Peratus |
| RM400 | 50% |
| RM500 | 50% |
Terengganu-Hanya 3 skala yang diterima. Ketiga-tiga skala
tersebut berada pada paras RM500 tepat.
| Skala Gaji | Peratus |
| RM500 | 100% |
Pahang-2 skala gaji yang diterima. Kedua-dua skala
tersebut berada pada tangga RM500.
| Skala Gaji | Peratus |
| RM500 | 100% |
Sabah- Dari 4 skala gaji yang diterima hanya satu sahaja
yang berada pada paras RM300; malah 3 lagi berada pada paras RM600. 75% berada
paras gaji RM600; ini mewakili skala gaji untuk pegawai bank.
| Skala gaji | Peratus |
| RM300 | 25% |
| RM600 | 75% |
| 100.00 |
Sarawak-Bagi Sarawak pula daripada 4 skala gaji yang
diterima, gaji yang terendah ialah RM384 dan gaji yang tertinggi ialah RM825.
Hanya 25 peratus yang mewakili gaji kurang dari RM600 malah selebihnya adalah
melebihi paras RM600. Bagi Sarawak
skala gaji yang tinggi ini
mewakili gaji pegawai bank dan pekerja-pekerja shell Petroleum.
| Skala gaji | Peratus |
| <RM600 | 25% |
| >RM600 | 75% |
| 100.00 |
Keseluruhan
kajian memberi gambaran bahawa tingkat gaji yang diterima adalah tinggi untuk
paras RM400 dan RM500 bagi keseluruhan negeri di Malaysia. Walaupun terdapat
angka yang menunjukkan peratusan tinggi untuk paras gaji RM600 namun ia
hanyalah mewakili gaji untuk pegawai bukannya memberi gambaran bagi buruh am.
Disediakan oleh,
Jabatan Penyelidikan MTUC