Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) — Pasukan Khas Penguatkuasa Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia memeriksa sejumlah 89 majikan dalam ‘Ops Gaji’ yang bermula Januari dan berakhir Jun tahun ini.
Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Mohd Jeffrey Joakim berkata daripada jumlah itu, 56 majikan didapati masih gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012, membabitkan 1,000 pekerja.
“Pihak Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malasyia tidak berkompromi dalam hal itu dan tindakan susulan seperti pendakwaan terhadap majikan-majikan yang masih degil akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Susulan itu, beliau berkata sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan pengangkutan di Puchong, Selangor telahpun didakwa atas kesalahan gagal membayar gaji minimum sebanyak RM900 sebulan kepada tiga pekerja tempatan yang digaji syarikat berkenaan.
Mohd Jeffrey berkata selain Ops Gaji, pihaknya melaksanakan pemeriksaan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
“Di bawah ATIPSOM 2007, sebuah syarikat menjalankan perniagaan dalam sektor perkilangan dan pembuatan emas di Batu Pahat, Johor telah didakwa atas kesalahan memperdagangkan sepuluh wanita warga Kemboja,” katanya. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com